Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kebakaran besar longgokan tayar
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kebakaran besar longgokan tayar
PASUKAN bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.
Tuaran: Penduduk di sekitar Kayu Madang, Telipok di sini, terpaksa menahan bau kurang menyenangkan serta kepulan asap tebal susulan kebakaran besar membabitkan longgokan tayar terbuang di sebuah tapak pelupusan sampah, sejak tengah malam Isnin.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu menyebabkan asap hitam pekat dilihat menjulang tinggi ke udara dan merebak ke beberapa kawasan penduduk berhampiran.

Advertisement
Rata-rata penduduk mendakwa keadaan itu menjejaskan keselesaan harian mereka, selain menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Seorang penduduk, Cynthia George, 42, berkata bau asap mula dirasai sejak awal pagi dan semakin kuat menjelang subuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami terpaksa tutup semua pintu dan tingkap sebab bau terlalu kuat. Anak-anak pun batuk dan tidak selesa untuk tidur,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Sabturah Harun, 35, berkata keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya.

Advertisement
“Bau asap tebal masuk dalam rumah walaupun sudah ditutup. Kami risau jika keadaan ini berlarutan boleh menjejaskan kesihatan, terutama anak kecil,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Kurong Ak Beki berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.15 pagi Selasa.

Advertisement
Katanya, seramai 12 anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh 19 kilometer (km), dibantu pasukan BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu, melibatkan 32 anggota, lima jentera, satu kenderaan utiliti pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan mendapati kebakaran melibatkan longgokan tayar terpakai dengan anggaran keluasan kira-kira 1.2 hektar,

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang kira-kira 122 meter dengan empat pancutan air daripada jentera FRT dan lori tangki air,” katanya.

Kurong berkata, pasukan turut melaksanakan teknik ‘fire break’ di sekeliling kawasan kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak dengan bantuan dua jengkaut.

“Sehingga pagi selasa, operasi pemadaman masih giat dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan dan operasi masih diteruskan dengan pemantauan rapi di lokasi kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan agar mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here