Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kebakaran musnahkan 4 ekar belukar di Keningau
Published on: Thursday, March 26, 2026
Published on: Thu, Mar 26, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Kebakaran musnahkan 4 ekar belukar di Keningau
ANGGOTA bomba sedang menjalankan operasi.
KENINGAU: Kebakaran lalang di Kampung Takad, Apin-Apin memusnahkan kawasan belukar seluas kira-kira empat ekar pada petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sinkui berkata, susulan panggilan mengenai kejadian jam 4.09 petang itu, lapan anggota bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS digerakkan sejauh 15 kilometer ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran lalang berlaku melibatkan kawasan sekitar empat ekar,” katanya.

Menurutnya, pasukan membuat penelitian sebelum menjalankan operasi pemadaman menggunakan alat pemerap api sebelum kebakaran dikawal pada 5.09 petang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan cuaca panas dan kering ketika ini, beliau memberi peringatan tegas kepada seluruh warga Keningau dan kawasan sekitar supaya tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang puntung rokok yang masih berbara di bahu jalan, semak samun atau kawasan lalang kering.

Advertisement
Orang ramai yang melihat tompokan api atau asap di kawasan belukar atau hutan juga diminta segera melaporkannya kepada pihak bomba supaya tindakan awal dapat diambil, sebelum api merebak luas serta merosakkan ekosistem dan harta benda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here