Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Tiga suspek ditahan samun wanita di Sandakan
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Tiga suspek ditahan samun wanita di Sandakan
SANDAKAN: Polis di sini menahan tiga individu, termasuk seorang warga asing, yang disyaki terlibat dalam kes samun terhadap seorang wanita warga tempatan di sebuah rumah di Batu 7, awal pagi 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy A/L Kuppan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi apabila wanita itu diserang seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke dalam rumah melalui tingkap.

Advertisement
Menurutnya, suspek menyamun mangsa sebelum melarikan diri bersama beberapa barangan berharga termasuk telefon bimbit dan barang kemas, dengan anggaran kerugian sekitar RM20,000.

“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan lanjut, polis menjalankan operasi mengesan suspek dan menahan tiga individu di sekitar Sandakan antara 24 hingga 25 Mac,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, suspek utama merupakan seorang warga negara asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Soal siasat terhadap suspek utama membawa kepada penahanan dua lagi suspek, termasuk seorang penjaga premis pajak gadai, dengan penemuan beberapa barang kes seperti telefon bimbit, barang kemas dan pakaian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan samun yang menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keselamatan diri dan kediaman masing-masing serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here