Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Catatan diari Zara dedah wujud tekanan psikologi
Published on: Saturday, April 04, 2026
Published on: Sat, Apr 04, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Catatan diari Zara dedah wujud tekanan psikologi
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Khamis diberitahu bahawa catatan diari milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan dia mengalami tekanan psikologi yang ketara.

Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Dr Chua Sze Hung yang merupakan saksi ke-67 berkata kandungan diari tersebut menunjukkan kemarahan dan kekecewaan Zara, termasuk penggunaan kata-kata kasar terhadap ibunya.

Advertisement
Menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, Dr Chua berkata beberapa catatan dalam diari itu menunjukkan konflik dialami mangsa yang menyebabkan tekanan psikologi yang serius.

Menurutnya, Zara juga menulis bahawa dia merasakan dirinya tidak mempunyai kekuatan mental dan menjangkakan kematiannya sendiri sekiranya keadaan tidak berubah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam satu catatan pada Februari 2025, Allahyarham menyebut ibunya sering menggunakan bahasa kesat dan tidak bersetuju dengan apa sahaja yang dilakukannya.

“Allahyarham juga merancang untuk memasuki sekolah berasrama penuh bagi menjauhkan diri daripada ibunya dan mencari ketenangan. Malah, dalam diari itu dia menyatakan lebih rela dibuli dan barang-barangnya dicuri daripada terus tinggal di rumah dan mendengar leteran ibunya,” katanya.

Advertisement
Dr Chua berkata Zara juga meluahkan perasaan kesunyian dan berharap tinggal di asrama dapat memberinya ketenangan, namun perkara sebaliknya berlaku.

Menurutnya lagi, dalam satu catatan pada Jun 2025, Zara mempersoalkan mengapa hidupnya malang dan menyatakan bahawa pelajar senior menyimpan dendam terhadapnya.

Advertisement
Dia juga mendapati Zara menulis bahawa ibunya membencinya dan membuat tuduhan tidak benar terhadapnya, manakala bapanya pula melayannya dengan buruk.

Selain itu, Dr Chua berkata diari tersebut juga menyebut bahawa Zara didakwa pernah dipukul pada bahagian kaki kerana menggunakan telefon bimbit dan sering dimarahi dengan kata-kata negatif.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa kesahihan dakwaan dalam diari itu tidak dapat disahkan, sebaliknya ia mencerminkan persepsi Zara terhadap ibunya.

Tambahnya, konflik dengan ibu bapa hanyalah salah satu faktor risiko yang secara keseluruhan boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih terdedah kepada tekanan psikologi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here