Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Ruslan Muharam lancar buku biografi
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
 Ruslan Muharam lancar buku biografi
RUSLAN (duduk tengah) semasa sesi menandatangi buku biografinya.
BEAUFORT: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Ruslan Muharam melancarkan buku biografi sendiri bertajuk Oku (Aku) Haji Ruslan, Dari Suasa Ke Menara.

Majlis pelancaran buku berkenaan telah berlangsung di ibu negeri dalam satu majlis pada 27 November lalu.

Advertisement
Majlis yang disempurnakan oleh beliau sendiri turut dihadiri penulis buku Iskandar Dzulkifli serta pemimpin akar umbi setempat.

Iskandar berkata proses penulisan mengambil masa panjang bagi memastikan ketepatan fakta serta ketulenan kisah hidup tokoh masyarakat Bisaya itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya buku setebal lebih 300 halaman itu menceritakan kisah awal kehidupan usia muda Ruslan hingga remaja bersama arwah bapa Muharam dan ibunya serta keluarga.

“Biografi ini turut merangkumi kisah pembabitan Ruslan dalam perniagaan, koperasi hingga bergelar ‘tokoh koperasi’ termasuk perjuangan awal beliau dalam politik hingga bergelar wakil rakyat Lumadan.

Advertisement
“Naskah sama juga menghimpunkan dokumentasi kisah hidup Ruslan dan perjuangan beliau dalam perniagaan, koperasi dan politik hingga menjadi Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri.

“Malahan buku sama turut menceritakan hubungan baik beliau dengan tokoh politik Sabah termasuklah Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan mentor beliau dalam arena politik.

Advertisement
“Justeru buku ini bagi saya adalah sumber inspirasi agar kita tidak mudah putus asa dalam apa jua bidang diceburi,” katanya.

Sementara itu Ruslan dalam ucapanya menzahirkan penghargaan kepada penulis serta semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku sebanyak 500 naskah cetakan itu.

Dalam masa sama beliau menekankan kisah hidupnya dapat memberi inspirasi kepada generasi muda mengenai erti kegigihan, kesabaran dan kejujuran dalam perjuangan hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here