Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Industri buku berdepan cabaran digital, perlu inovasi baharu
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
Text Size:
Text:
Industri buku berdepan cabaran digital, perlu inovasi baharu
Jasni menyifatkan situasi tersebut sebagai satu evolusi yang menuntut pemain industri berfikir di luar kotak.
Kota Kinabalu: Industri buku negara berhadapan cabaran getir dan persaingan semakin sengit dalam usaha mengekalkan relevansi, khususnya susulan kepesatan teknologi digital yang mengubah landskap pembacaan masa kini.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani menyifatkan situasi tersebut sebagai satu evolusi yang menuntut pemain industri berfikir di luar kotak.

Advertisement
Menurut beliau, buku fizikal bukan sahaja bersaing sesama sendiri, malah turut berdepan lambakan kandungan digital, aplikasi pembacaan serta media sosial yang menawarkan hiburan dan maklumat secara pantas.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa landskap pembacaan sudah berubah. Namun industri buku perlu mencari formula baharu untuk menarik minat pembaca, khususnya generasi muda yang lebih selesa dengan bahan bacaan digital,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni, yang juga Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, berkata penggiat sastera dan penerbit buku perlu memanfaatkan teknologi semasa bagi menghasilkan kandungan lebih interaktif dan menarik tanpa mengabaikan nilai ilmu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan aspek kualiti karya mesti terus dilonjakkan dan dijadikan teras utama dalam menentukan kelangsungan industri buku negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here