Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Ninavau papar perspektif realistik masyarakat Sabah
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Ninavau papar perspektif realistik masyarakat Sabah
ANTARA babak-babak yang terdapat di dalam filem Ninavau.
NINAVAU filem terbaru dari Negeri di Bawah Bayu menjadi percubaan berani sutradara Bebbra Mailin apabila mengangkat isu yang jarang disentuh dalam filem tempatan – daripada perbezaan agama dan identiti budaya sehinggalah jurang antara Malaysia Timur dan Barat.

Menjengah pawagam bermula Khamis (4 Disember) Ninavau merupakan perspektif realistik Bebbra terhadap tekanan sosial, konflik keluarga dan pencarian identiti dalam masyarakat moden Sabah.

Advertisement
Bebbra mengakui pengaruh kehidupannya yang dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik dalam mengarahkan Ninavau.

“Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga Katolik saya mula menyedari dengan jelas perbezaan suasana toleransi beragama antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Namun apabila saya melangkah ke Semenanjung Malaysia pada 2003 ketika usia 18 tahun untuk mengejar minat dalam bidang filem barulah saya benar-benar merasai jurangnya serta perbezaan yang halus tetapi mendalam dalam cara agama difahami dan diamalkan di persekitaran baharu ini,” katanya.

Bebbra berkata Ninavau yang mengangkat suara masyarakat Kadazan menceritakan tentang bagaimana kepercayaan dan kasih sayang menjadi satu isu dalam keluarga.

Advertisement
“Pada lapisan pertama filem ini adalah sebuah drama keluarga dan apa yang terjadi kepada seseorang apabila menukar kepercayaan yang tidak selari dengan keluarga.

“Melalui Ninavau saya ingin menggambarkan perjalanan kehidupan yang halus dan mencabar di mana setiap pilihan yang kita buat menerangi jalan yang kita lalui dan akhirnya menzahirkan kedudukan kita yang unik dalam dunia ini,” katanya.

Advertisement
Menurut anak jati Kota Kinabalu ini Ninavau dalam bahasa Kadazan yang bermaksud ‘cahaya’, merujuk kepada simbol kekuatan.

“Di mana ada cahaya di situ muncul kegelapan sebagai lawannya. Dalam filem ini kegelapan menjadi metafora kepada halangan dan ketakutan yang kita hadapi, manakala cahaya melambangkan harapan dan ketahanan,” katanya.

Sebelum ditayangkan di pawagam Ninavau terlebih dahulu mendapat perhatian apabila menjadi filem pembuka Festival Filem Malaysia Antarabangsa (MIFFEST) 2025 – pengiktirafan pertama seumpamanya untuk filem dari Sabah.

Ninavau turut mendapat sentuhan visual sinematografer muda dari Indonesia Bayu Prihantoro Filemon manakala muzik dirakam di studio terkenal di Tokyo Freedom Studio Infinity dengan pemuzik Jepun yang dibimbing oleh pengarah muzik Andrew Boong.

Rekaan bunyi filem ini pula mendapat sentuhan Mohsin Othman dari Technica Studios yang pernah memenangi Anugerah Rekaan Bunyi Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali.

Diangkat daripada filem pendek Ninavau merupakan filem debut untuk Bebbra. Bagaimanapun pensyarah filem ini sebenarnya telah menempatkan dirinya dalam industri perfileman melalui filem-filem pendek yang memenangi anugerah.

Antaranya Eye Love yang dinobatkan Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu 2011 dan Langad Di Odu (Filem Terbaik di Festival Filem Eko Borneo 2012).

Filem dokumentarinya Rapuh telah ditayangkan di Jepun pada 2016.

Versi filem pendek Ninavau juga memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik di MIFFEST 2019.

Pada 2021 Bebbra menerbitkan Prebet Sapu wakil rasmi Malaysia ke Anugerah Oscar 2022.

Ninavau mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ninavau, seorang wanita Kadazan yang pulang ke kampung halamannya di Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Keluarganya yang merupakan penganut Katolik melihat Ninavau sebagai cahaya harapan dalam komuniti mereka.

Namun setelah memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya Ninavau perlu meyakinkan mereka bahawa perubahan keyakinannya tidak mengubah kasih sayangnya terhadap keluarga.

Filem berdurasi 93 minit ini dibintangi pelakon Sabah yang juga pengacara Jovenea Jim, Tati Eliana Tonny, Edward Sinsong – yang kali pertama berlakon – di samping ramai lagi pelakon tempatan.

Filem terbitan Kristal Azmir Sdn Bhd dan Le Mediator Studio Sdn Bhd ini ditayangkan di 45 pawagam terpilih bermula Khamis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here