Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Cekal harungi kekangan, graduan OKU FPSK sedia galas tugas doktor pelatih
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
Text Size:
Text:
Cekal harungi kekangan, graduan OKU FPSK sedia galas tugas doktor pelatih
DR. Iqman bersama ijazahnya. 
Kota Kinabalu: Kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan menjadi detik bermakna buat anak kelahiran Tawau, Dr. Mohd Iqman Shazaril, 24, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang bukan sahaja melakar pencapaian peribadi tetapi turut menjadi kebanggaan keluarga.

Beliau berasa bersyukur kerana dapat menghadiahkan kejayaan yang membanggakan itu kepada kedua-dua ibu bapanya. 

Advertisement
“Saya sangat gembira sebab dapat menamatkan pengajian ini,” katanya.

epanjang pengajian, beliau berdepan dengan pelbagai cabaran, namun semuanya mampu diatasi dengan usaha dan kesabaran yang berterusan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Masalah penginapan yang saya hadapi dapat diatasi kerana UMS menyediakan tempat khas untuk golongan seperti kami,” jelasnya.

“Dari segi ekonomi pula, saya telah memohon bantuan kewangan seperti Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) yang saya terima setiap semester.”

Advertisement
Walaupun diuji dalam pelbagai aspek, kejayaan dalam setiap peperiksaan menjadi detik paling membahagiakan baginya. 

“Pengurus Pusat Pengurusan OKU, Dr Zaiton Mohamad dan salah satu kakitangannya, Farah Awang Alias banyak membantu saya dalam pengurusan kolej kediaman, kewangan dan penerimaan bantuan serta fasiliti lain,” ujarnya.

Advertisement
Menurutnya lagi, peranan Pusat Pengurusan OKU UMS sangat besar dalam memastikan pelajar berkeperluan khas sepertinya sentiasa mendapat akses pendidikan yang adil dan selesa.

Sementara menunggu penempatan ‘housemanship’ yang dijadualkan bermula Januari depan, beliau bercadang untuk membuat kerja sambilan lain terlebih dahulu. 

“Bermula 19 Januari 2026, saya akan mula bertugas sebagai doktor junior di Hospital Tawau,” katanya penuh keterujaan.

Sebagai individu kelainan upaya (OKU), Dr. Iqman mengakui bahawa keyakinan diri sering menjadi cabaran utama, namun hal itu tidak pernah menjadikannya mudah mengalah. 

“Mempunyai kekurangan fizikal sememangnya membuatkan keyakinan saya kurang dari orang lain, tapi itu tidak membuat saya berhenti mengejar kejayaan saya.”

Kejayaan Dr Iqman membuktikan kecemerlangan dapat dicapai melalui kecekalan dan fokus yang berterusan, menjadikannya simbol kekuatan bagi mahasiswa lain termasuk pelajar OKU.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here