PENAMPANG: Enakmen Mahkamah Anak Negeri 2026 (NCE 2026) bersedia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam masa terdekat, selepas melalui pelbagai proses tapisan dan libat urus menyeluruh.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Datuk Martin Idang berkata demikian di seminar Memperkasakan Keadilan Anak Negeri: Langkah Ke Hadapan di sini baru-baru ini.
“Undang-undang baharu diperlukan untuk menggantikan kerangka lama. NCE 2026 dicadangkan sebagai instrumen utama bagi memodenkan dan memperkukuhkan MAN sejajar dengan keperluan semasa dan masa hadapan.
“NCE 2026 akan memperkenalkan struktur kehakiman yang jelas dengan hierarki dan mekanisme semak imbang.
Advertisement





