Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Ranau sedia hadapi kesesakan Aidilfitri
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Ranau sedia hadapi kesesakan Aidilfitri
KESESAKAN lalu lintas mula meningkat di Ranau menjelang musim cuti.
RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan pengguna jalan raya di sekitar Ranau supaya bersedia menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas, khususnya di kawasan utama serta laluan keluar masuk daerah itu sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Situasi semasa menunjukkan kesesakan berlaku di sekitar Pekan Ranau dan di laluan utama dari Kundasang ke Ranau berikutan peningkatan jumlah kenderaan, khususnya menjelang musim perayaan. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh menjejaskan kelancaran perjalanan.

Advertisement
Beberapa punca kesesakan telah dikenal pasti, termasuk pergerakan orang ramai pulang ke kampung atau menuju ke destinasi percutian di Ranau dan Kundasang.

Pada masa sama, keadaan jalan berbukit dan selekoh tajam turut memperlahankan aliran trafik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, polis memaklumkan kemalangan kecil atau kehadiran kenderaan berat juga boleh menyebabkan pergerakan trafik menjadi perlahan.

Sehubungan itu, pemandu boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan, termasuk Jalan Kibas ke Jalan Tambunan; Bundu Tuhan ke Jalan Tambunan; Kota Kinabalu melalui Penampang ke Jalan Tambunan; serta Kundasang melalui Jalan Dumpiring, Mohimboyon, Tambiau dan Marapong ke Jalan Tambunan.

Advertisement
Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan waktu puncak, menggunakan laluan alternatif jika perlu bagi mengelakkan kesesakan, mematuhi peraturan jalan raya serta mengelakkan pemanduan berbahaya.

Pemandu juga digesa mendapatkan maklumat trafik terkini melalui media sosial atau aplikasi navigasi, selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

Advertisement
“PDRM akan terus memantau keadaan trafik dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Kerjasama semua pihak amat dihargai demi kelancaran aliran trafik dan keselamatan bersama,” menurut kenyataan polis baru-baru ini.

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah mengumumkan pelaksanaan “Op Tembak Laju” yang akan dijalankan secara menyeluruh di semua daerah dari 19 hingga 24 Mac.

Operasi itu dilaksanakan bersempena Op Selamat 26 yang bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya serta mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi had laju yang ditetapkan oleh undang-undang.

JSPT menegaskan bahawa tiada sebarang diskaun akan diberikan bagi saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh operasi tersebut. Ketetapan itu meliputi saman kesalahan memandu melebihi had laju serta semua kesalahan trafik lain bagi memastikan integriti penguatkuasaan kekal pada tahap tertinggi.

PDRM menyeru orang ramai supaya memberikan kerjasama penuh dengan mengamalkan pemanduan selamat. Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama demi kesejahteraan masyarakat di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here