Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Oku dilepas tanpa bebas tuduhan amang seksual
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Oku dilepas tanpa bebas tuduhan amang seksual
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu kereta persendirian yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang murid tadika enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu terhadap Noredi Abu Bakar, 53, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan pada Selasa.

Advertisement
Terdahulu pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pengadu dalam kes berkenaan telah membuat laporan polis bagi menarik balik laporan terdahulu terhadap tertuduh.

Pengadu yang hadir di mahkamah turut memaklumkan bahawa dia telah membuat satu lagi laporan polis untuk menarik balik laporan awal terhadap Noredi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam bela Muhamad Amirul Amin yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan tersebut.

Sebelum ini pada 16 Mei 2025 Muhamad Amirul memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya adalah pemegang kad OKU.

Advertisement
Noredi sebelum ini didakwa melakukan perbuatan itu dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berkenaan, menyentuh paha serta menghisap kemaluannya bagi tujuan seksual pada awal September 2020 di dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak dari sebuah tadika ke sebuah rumah di Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan tertuduh dipulangkan semula.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here