Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Mohamad Alamin hanya jadi ‘boneka’ kepimpinan pusat: Anifah
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Mohamad Alamin hanya jadi ‘boneka’ kepimpinan pusat: Anifah
PAPAR: Calon Barisan Nasional (BN) Bongawan yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, didakwa tidak mempunyai kewibawaan dan ketegasan sebagai pemimpin, sebaliknya hanya menjadi “boneka” kepada kepimpinan partinya.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Anifah Aman (gambar), berkata pendirian lemah yang ditunjukkan Mohamad akan merugikan penduduk Bongawan dan gagal membawa perubahan yang diharap-harapkan.

Advertisement
Menurutnya, apabila seseorang menjadi “boneka”, segala perancangan pembangunan perlu melalui kelulusan pemimpin atasan dan perkara itu didakwa sedang berlaku di Parlimen Kimanis ketika ini.

“Sebab itu, pembangunan di Parlimen Kimanis hanya melibatkan projek-projek kecil dan naik taraf kecil prasarana yang tidak merangkumi semua kampung khususnya yang berdekatan sekitar Pekan Bongawan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata senarai projek kecil yang dibanggakan Mohamad tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kimanis dan Timbalan Menteri Luar yang sewajarnya membawa pembangunan lebih strategik.

“Selain itu, dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17 ini pun jelas Mohamad amat mengharapkan bantuan pemimpin pusat untuk kempennya yang sekaligus membuktikan Mohamad adalah ‘boneka’ pemimpin pusat,” tambahnya.

Advertisement
Anifah turut mempersoalkan mengapa kampung-kampung lain di sekitar Bongawan tidak menerima manfaat projek kecil berkenaan dan membangkitkan persoalan sama ada keputusan itu dipengaruhi keputusan pilihan raya sebelum ini.

“Adakah sebab Mohamad kalah di kebanyakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan terlibat pada pilihan raya sebelum ini dan jika itu berlaku, adakah beliau ‘berdendam’?” soalnya.

Advertisement
Beliau juga menegaskan manifesto atau “ikhtiar” Mohamad pada pilihan raya lalu tidak membawa perubahan ketara, sambil menyatakan istilah itu sendiri menggambarkan komitmen yang lemah terhadap pelaksanaannya.

“Saya kecewa apabila janji pilihan raya lalu yang dipakejkan sebagai ikhtiar dilihat tidak bawa perubahan ketara,” katanya sambil menambah bahawa ketidaktegasan Mohamad hanya mengekalkan kebergantungan kepada pemimpin pusat.

Anifah berkata Bongawan memerlukan wakil rakyat yang tegas dan berani “menongkah arus”, sambil menegaskan rekod dirinya sendiri dalam memperjuangkan hak Sabah termasuk isu MA63 sewaktu berkhidmat dalam kerajaan terdahulu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here