Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pusat rawatan beroperasi tanpa lesen didenda RM55,000
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pusat rawatan beroperasi tanpa lesen didenda RM55,000
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta yang sama yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sebuah pusat rawatan ambulatori swasta didenda RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menjalankan perkhidmatan rawatan tanpa lesen dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Healing Heart PLT selepas salah seorang pengarahnya mengaku bersalah bagi pihak pusat berkenaan pada Isnin.

Advertisement
Pusat tersebut didapati menyediakan perkhidmatan pusat rawatan ambulatori swasta tanpa lesen di bawah perenggan 19(a) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] di KK Times Square Off Coastal Highway pada 12 Jun 2024.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta yang sama yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa rayuan hukuman peguam Martin Tommy yang mewakili pengarah pusat berkenaan memohon supaya mahkamah mengenakan denda yang lebih rendah.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Anis Nadia Ahmad Lathpi bersama Dr Sirena Anne Maiks dari Kementerian Kesihatan Malaysia memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan dengan mengambil kira kepentingan awam serta implikasi perundangan perubatan sekiranya berlaku kecuaian selain bagi mengelakkan tertuduh mengulangi kesalahan sama.

Advertisement
Anis berhujah bahawa pusat tersebut telah menyediakan perkhidmatan ambulatori swasta tanpa lesen pada tarikh serbuan seperti dinyatakan dalam pertuduhan.

Menurutnya di bawah Akta 586 mana-mana pihak yang ingin menyediakan atau mengendalikan premis perubatan mesti beroperasi di premis yang berdaftar atau berlesen.

Advertisement
Akta itu diwujudkan bagi mengawal selia premis kesihatan dari segi struktur bangunan, kemudahan, perkhidmatan serta kelayakan kakitangan yang mengendalikan premis.

Katanya aspek kemudahan, perkhidmatan dan tenaga kerja merupakan elemen penting yang akan dinilai sebelum sesuatu premis kesihatan didaftarkan atau diberikan lesen bagi memastikan tahap keselamatan pesakit dan kualiti rawatan berada pada standard optimum.

Beliau turut menegaskan implikasi undang-undang perubatan boleh timbul sekiranya berlaku kecuaian ketika premis belum berdaftar atau berlesen tetapi perkhidmatan perubatan telah diberikan kepada pesakit.

Dalam kes ini pusat tersebut didapati menyediakan rawatan Enhanced External Counter Pulsation (EECP) di premis mereka yang dikendalikan oleh pengamal perubatan am sedangkan rawatan itu memerlukan premis berlesen sebagai pusat rawatan ambulatori swasta serta dikendalikan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan dalaman.

Mahkamah diberitahu bahawa semasa serbuan oleh sepasukan pegawai dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Jabatan Kesihatan Negeri, tiga kakitangan dan seorang pesakit sedang menjalani rawatan di premis berkenaan.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 14 barangan termasuk dokumen, mesin dan peralatan.

Hasil siasatan mendapati pusat itu menjalankan perkhidmatan pusat rawatan ambulatori swasta tanpa lesen di bawah perenggan 19(a) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here