Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kepimpinan belia penting kukuhkan sokongan akar umbi Star
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kepimpinan belia penting kukuhkan sokongan akar umbi Star
ISHAK (kanan) dan Prem berbincang mengenai hala tuju Parti Star Sabah serta peranan generasi muda.
Kota Kinabalu: Kepimpinan dalam kalangan generasi muda amat penting bagi Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah dalam usaha memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi kata Pemangku Ketua Bahagian Star Bingkor Datuk Sr Mohd Ishak Ayub.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Wiramuda Star Sabah Prem Kitingan dalam suasana santai tetapi penuh makna bagi membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju parti.

Advertisement
Pertemuan tidak formal yang berlangsung di sebuah premis awam di ibu negeri itu membuka ruang kepada perbincangan lebih dekat dan terbuka khususnya berkaitan kedudukan organisasi parti di peringkat bahagian serta peranan generasi muda dalam memperkukuh sokongan di akar umbi.

Ishak yang juga Pembantu Menteri Kewangan dilihat mengambil pendekatan proaktif dengan turun sendiri bertemu kepimpinan sayap parti selaras dengan keperluan semasa untuk memperkemas gerak kerja menjelang cabaran politik yang bakal dihadapi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Prem turut menekankan kepentingan penyelarasan strategi antara kepimpinan bahagian dan sayap pemuda bagi memastikan momentum parti terus kukuh, terutama dalam mendekati golongan muda.

Perbincangan itu juga menyentuh keperluan memperkukuh jentera parti, memperluas jangkauan program kemasyarakatan serta membina naratif politik yang lebih dekat dengan aspirasi rakyat Sabah.

Advertisement
Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan parti untuk memastikan kesinambungan perjuangan berasaskan tindakan bukan sekadar retorik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here