Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Penjaga pusat hiburan didenda kendali premis tanpa lesen
Published on: Thursday, March 26, 2026
Published on: Thu, Mar 26, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penjaga pusat hiburan didenda kendali premis tanpa lesen
Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 3 Public Entertainment Ordinance 1958 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan yang sama dengan denda sehingga RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penjaga pusat hiburan didenda RM4,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana mengendalikan premis hiburan tanpa lesen.

Goh Meng Ern, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas kesalahan yang dilakukan pada 24 Januari lalu, jam 3.30 pagi di Empire KTV, Pavilion Bundusan, Penampang.

Advertisement
Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 3 Public Entertainment Ordinance 1958 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan yang sama dengan denda sehingga RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan polis yang pergi ke premis berkenaan mendapati muzik masih dimainkan dengan kuat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemeriksaan mendapati Goh sebagai penjaga mengendalikan premis tanpa lesen sah.

Melalui peguamnya Darren N Punai, Goh memohon hukuman bukan penjara manakala pihak pendakwaan menuntut hukuman yang memberi pengajaran.

Advertisement
Dalam kes lain seorang wanita berusia 37 tahun didenda RM100 atau tujuh hari penjara kerana gagal memberi penjelasan mengenai wang yang ditemui dalam akaunnya.

Haziah Kutih mengaku gagal memberikan alasan munasabah mengenai bagaimana dia memperoleh RM800 dalam akaun Alliance Bank milik seorang wanita Rozarina Janin di KK Times Square pada 4 September 2023.

Advertisement
Dia dituduh di bawah Seksyen 22A(1) Minor Offences Ordinance (Sabah) yang membawa hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu tertipu dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang diterima melalui WhatsApp dan dijanjikan pulangan lumayan. 

Pengadu telah memindahkan wang ke enam akaun berbeza bagi mendapatkan komisen tetapi kemudian menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan tanpa menerima hasil dijanjikan.

Penyiasatan mengesan RM800 daripada transaksi itu masuk ke akaun Haziah yang gagal memberikan penjelasan memuaskan.

Haziah tidak diwakili peguam memohon belas kasihan manakala pihak pendakwaan menuntut hukuman yang memberi pengajaran.

Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mengetuai pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here