Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Bersatu perjuang hak MA63: Armizan
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bersatu perjuang hak MA63: Armizan
Armizan berkata GRS tidak mengkhianati perjuangan hak Sabah, sebaliknya SLS pada 17 Okt secara jelas mengiktiraf peranan kerajaan negeri pimpinan GRS yang konsisten menegakkan hak berperlembagaan tuntutan 40 peratus hasil Sabah.
Kota Kinabalu: Isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak sepatutnya dijadikan modal politik, sebaliknya semua rakyat Sabah perlu bersatu dalam memperjuangkan hak berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) serta pernah mengetuai Urus Setia MA63 di Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak berkata rakyat Sabah hanya menuntut hak yang telah dipersetujui melalui MA63.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata terdapat pihak mendakwa kononnya mereka pejuang tegar MA63 dan menafikan usaha orang lain sedangkan mereka sendiri tidak konsisten antara apa dikatakan dengan tindakan dibuat.

Beliau mengambil contoh tindakan Parti Warisan (Warisan) yang tampil seolah-olah “terpaling hero” apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan memihak kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dalam isu 40 peratus hasil Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Hakikatnya mereka (Warisan) tidak membawa kes tersebut ke mahkamah semasa Warisan memerintah Sabah (sebagai kerajaan negeri) pada 2018 hingga 2020.

“Pendirian rasmi kerajaan negeri itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Ogos 2019 iaitu tidak mengambil pendekatan membawa Kerajaan Persekutuan ke mahkamah kerana ia disifatkan sebagai langkah tidak elok,” katanya dalam satu video dalam laman Facebooknya, Rabu.

Advertisement
Armizan berkata GRS tidak mengkhianati perjuangan hak Sabah, sebaliknya SLS pada 17 Okt secara jelas mengiktiraf peranan kerajaan negeri pimpinan GRS yang konsisten menegakkan hak berperlembagaan tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

Beliau mengingatkan rakyat Sabah untuk menyelamatkan negeri daripada sikap tidak konsisten sesetengah pihak dan memilih GRS yang berkomitmen menjaga kepentingan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here