Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
S4M kunci keseimbangan pembangunan Sabah
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
S4M kunci keseimbangan pembangunan Sabah
TAWAU: Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Ruji Ubi (gambar) menekankan konsep Sabahan for Malaysia (S4M) sebagai kunci mewujudkan keseimbangan pembangunan adil di dalam Persekutuan Malaysia.

Mantan Ketua Setiausaha tiga kementerian Pusat itu percaya S4M sudah diterjemahkan melalui keterlibatan dan kepakaran anak-anak Sabah termasuk di Tawau yang diiktiraf sebagai pemimpin peringkat Kerajaan Persekutuan.

Advertisement
“Konsep kita mentadbir dan memajukan negeri adalah Sabah atau Malaysia sama sahaja.

“S4M juga menjurus kepada sudut pandang luas mengangkat reputasi Sabah berteraskan sokongan kuat Kerajaan Persekutuan khasnya melalui penyaluran dana besar untuk pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi,” katanya pada sidang media sempena pelancaran manifesto beliau di rumahnya di Kampung Haji Matahir, Merotai pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam pada itu Ruji berkata situasi semasa menunjukan sumbangan S4M yang penting kini adalah membawa balik ilmu dasar, pelaksanaan dan polisi yang dikumpul Sabahan di peringkat nasional untuk memajukan negeri sendiri.

Mengulas lanjut beliau menyatakan Sabah kini selalu diberikan perhatian Kerajaan Persekutuan semenjak dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya terhadap seluruh rakyat tanpa mengira kelompok.

Advertisement
“Saya melihat Perdana Menteri sangat prihatin kepada setiap rakyat Malaysia tanpa ada yang tertinggal malah setiap segmen masyarakat disantuni dalam konteks nasional dan negeri.

“Perkara itu dibuktikan menerusi kelulusan peruntukan besar, komitmen di dalam hak 40 peratus Sabah, dan hasrat mewujudkan sebuah pentadbiran Kerajaan Negeri yang menggabungkan ahli politik berpengalaman dan teknokrat,” ujarnya.

Advertisement
Sementara itu menyentuh perihal manifestonya Ruji percaya usaha yang diperkenalkan perlulah bersifat radikal dan berani untuk memastikan impak dapat dinikmati segera oleh orang Merotai tanpa banyak birokrasi.

“Sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat Merotai saya akan menumpukan kepada penyelesaian isu tiga serangkai (elektrik, air dan jalan raya) selain isu dokumentasi berkaitan daftar lewat sijil lahir.

“Begitu juga pewartaan tanah kampung dan tanah adat, pembinaan Mahkamah Anak Negeri atau Institut Latihan Anak Negeri dan menjadikan Merotai pusat perkembangan ilmu dengan pendidikan adab,” tambahnya.

Tumpuan lain beliau termasuklah pembinaan sekolah menengah baharu, membina jaringan kerjasama dengan pihak berotoriti seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak muda.

Begitu juga penyediaan pusat rawatan hemodialisis dan pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai yang merangkumi perkhidmatan secara bergilir dan akan turut bergerak ke tempat-tempat tumpuan.

Selain itu beliau mahu mewujudkan pusat rekreasi dan pekan baharu Merotai di kawasan tanah milik SD Guthrie Sdn Bhd yang dijangka berpotensi menjadi pusat tumpuan serta merancakkan aktiviti ekonomi warga Merotai dan sekitarnya apabila terlaksana kelak.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here