Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Belum ada kes salah laku kempen dalam talian: Teo
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Belum ada kes salah laku kempen dalam talian: Teo
Teo menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial termasuk menyebarkan maklumat palsu sambil mengakui bahawa banyak akaun palsu aktif cuba mengedarkan kandungan tidak sahih dan penipuan.
SANDAKAN: Kementerian Komunikasi belum mengesan sebarang salah laku kempen dalam talian sepanjang lapan hari pertama kempen.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata media sosial menjadi salah satu platform pilihan bagi calon untuk mendekati pengundi terutamanya kerana liputan internet di seluruh negeri kekal stabil tanpa gangguan dilaporkan.

Advertisement
Beliau berkata pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan kempen dalam talian.

“Kementerian, melalui pegawai kami di SKMM, terus memantau aktiviti ini dan akan mengambil tindakan susulan jika sebarang laporan diterima,” katanya selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, pada Ahad. Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Mohd Sabri Abdullah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Teo menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial termasuk menyebarkan maklumat palsu sambil mengakui bahawa banyak akaun palsu aktif cuba mengedarkan kandungan tidak sahih dan penipuan.

Katanya, kementerian tidak mempunyai kuasa langsung untuk menurunkan kandungan sedemikian tetapi bekerjasama rapat dengan penyedia platform untuk membolehkan siasatan lanjut terhadap akaun mencurigakan.

Advertisement
Ini termasuk menentukan sama ada bahan yang dimuat naik melanggar norma atau yang boleh membawa kepada kandungan itu ditutup atau akaun disekat.

Teo mendedahkan satu kes berbaur fitnah dan tidak sahih dalam talian yang mendakwa secara salah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Sabah. 

Advertisement
Sementara itu, tiga pusat media yang dibuka untuk pilihan raya negeri ini di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau telah digunakan 185 petugas media.

Beliau menggalakkan petugas media khasnya di luar bandar, untuk memanfaatkan Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang turut mempunyai jaringan liputan internet yang baik untuk kerja mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here