Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
‘Jangan salah guna AI cipta kandungan palsu’
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
‘Jangan salah guna AI cipta kandungan palsu’
JASMIN menyerahkan sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota polis sempena Hari Polis Ke-219 di IPD Tawau.
TAWAU: Netizen khususnya pempengaruh media sosial diperingatkan tidak menyalahgunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dengan mencipta kandungan rekaan palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai semata-mata mahu mendapatkan perhatian dengan ‘hit’ tinggi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin menyifatkan jika trend itu dibiarkan secara berterusan, masyarakat mungkin akan terdedah dengan lambakan perkongsian maklumat palsu tidak bertanggungjawab sehingga keliru membezakan antara fakta dengan kandungan rekaan semata-mata.

Advertisement
“Kita mengingatkan semua pihak supaya jangan sampai terlibat dalam kegiatan mencipta atau menyebarkan maklumat palsu seperti kes kemalangan, pembunuhan atau insiden ngeri.

“Hakikatnya perkongsian itu tidak wujud tetapi dikongsikan seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin berkata demikian sempena sambutan majlis memperingati Hari Polis Ke-219 Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tawau pada Rabu yang turut menyaksikan penyerahan sijil penghargaan kepada 11 pengamal media arus perdana termasuk dua wartawan Daily Express.

Beliau memperingatkan semua pihak supaya bertanggungjawab dengan perkongsian masing-masing dan tidak terjebak dalam pemanipulasian AI secara berlebihan yang dikhuatiri bukan hanya menimbulkan kebimbangan awam malah turut mengancam keselamatan dalam negara.

Advertisement
“Sebab itu saya tekankan bahawa masyarakat sendiri khususnya pengguna media sosial supaya tidak mudah percaya sesuatu perkara yang dikongsikan di media sosial tanpa usul periksa. 

“Rujuklah sumber-sumber yang boleh diyakini seperti media arus perdana yang mempunyai hubungan rapat dengan institusi kepolisan untuk membuat semakan termasuklah spekulasi liar yang tidak berasas,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu beliau juga percaya media massa arus perdana memainkan peranan penting dalam menangkis spekulasi-spekulasi liar yang timbul di platform media sosial menerusi paparan laporan kandungan berita sahih, berkredibiliti dan diperakui pihak berkuasa.

“Saya melihat kerjasama media arus perdana dan polis yang dijalin dapat memberikan impak yang positif dari segi penyaluran berita-berita yang sahih sekali gus memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang kejadian-kejadian terkini yang berlaku secara langsung,” tambahnya. 

“Laporan wartawan juga membolehkan masyarakat dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha kita mencegah kejadian jenayah daripada berlaku, justeru kita harap kerjasama sebegini diteruskan dalam mencapai matlamat Daerah Tawau yang selamat dan sejahtera”, katanya.

Tambahnya tradisi hubungan erat kedua-dua belah pihak dilihat sudah lama menjadi jambatan di antara pihak berkuasa dengan masyarakat untuk memastikan mesej yang hendak dikongsikan dapat disampaikan dengan lebih bertanggungjawab seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan kepolisan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here