Kota Kinabalu: Calon PKR Pakatan Harapan bagi kerusi Inanam Datuk Peto Galim, menyifatkan peningkatan jumlah calon pada pilihan raya negeri kali ini sebagai tindakan oportunis politik yang menjangkakan kemungkinan wujudnya senario kerajaan tergantung.
Beliau berkata ramai calon, termasuk sejumlah besar calon bebas, mengambil risiko bertanding dengan harapan memenangi kerusi untuk menjadi ‘kingmaker’ (penentu) sekiranya tiada parti memperoleh majoriti jelas.
“Jumlah calon yang begitu besar dalam pilihan raya ini menunjukkan mereka menyangka mereka juga boleh membentuk kerajaan. Anggapan itu salah,” katanya ketika ditemui semasa walkabout kempen beliau di Country Heights.
Sebanyak 596 calon bertanding dalam pilihan raya negeri ini, termasuk 74 calon bebas.
Advertisement





