TAMBUNAN: Budaya politik tidak sihat kembali mencetuskan kebimbangan apabila gambar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Tambunan, Dato’ Victor P. Paut, disembur cat putih oleh individu tidak bertanggungjawab.
Tulisan “SOT” turut dicat secara sengaja pada bahan kempen rasmi itu.
Victor ketika diminta mengulas perkara tersebut, melahirkan rasa kesal dan kecewa, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika serta mencemarkan proses demokrasi.
Menurutnya, vandalisme sedemikian tidak mencerminkan nilai politik matang yang seharusnya menjadi amalan semua pihak.
Advertisement





