Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
DBKK kompaun dua premis makanan, perangkap gris tidak ikut spesifikasi
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK kompaun dua premis makanan, perangkap gris tidak ikut spesifikasi
PEGAWAI kesihatan DBKK memeriksa keadaan perangkap gris di dapur sebuah premis makanan.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan kompaun terhadap dua pengusaha makanan kerana melanggar Undang-Undang Kecil Makanan dan Premis Makan 1966 dalam pemeriksaan di beberapa premis di pusat bandar awal minggu ini.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran (EHD) DBKK berkata denda sehingga RM500 boleh dikenakan bagi kesalahan tersebut.

Advertisement
Menurutnya seorang pengusaha didapati tidak memasang perangkap gris di dapur mengikut spesifikasi ditetapkan khususnya membabitkan pemasangan sambungan berbentuk “T-joint” yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem tersebut.

“Seorang lagi pengusaha pula gagal menyelenggara semua perangkap gris dengan baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
SEORANG pengusaha dikompaun kerana tidak menyelenggara perangkap gris dengan baik.“Di premis itu terdapat lima perangkap gris namun hanya tiga sahaja dibersihkan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Kesalahan itu dikesan dalam Operasi Perangkap Gris yang dijalankan oleh dua pegawai EHD terhadap lima premis makanan di sekitar Jalan Ewan pada Rabu.

Advertisement
Dalam operasi sama seorang pengusaha turut didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Pelesenan DBKK untuk tindakan lanjut.

Pegawai kesihatan juga mendapati hanya satu daripada empat perangkap gris di sebuah restoran mempunyai sambungan “T-joint” seperti diwajibkan di bawah undang-undang kecil.

Advertisement
Dua premis lain pula didapati mematuhi peraturan dengan memasang tiga perangkap gris setiap satu dan menyelenggaranya dengan baik.

Jurucakap itu menegaskan sisa berminyak yang masuk ke dalam perangkap gris perlu dibuang setiap hari dan tidak boleh dibiarkan sehingga terlalu penuh.

Beliau berkata minyak masak terpakai dari dapur komersial perlu dilupuskan secara bertanggungjawab dan pengusaha tidak boleh mengubah suai perangkap tanpa kelulusan.

“Sambungan ‘T-joint’ mesti dipasang sebelum saluran keluar perangkap dan sistem ini tidak boleh disambungkan ke longkang yang menyalurkan air dari premis,” ujarnya.

Tindakan DBKK dibuat susulan maklum balas Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mengenai masalah sisa minyak, lemak dan gris (FOG) yang dibuang sewenang-wenangnya oleh premis perniagaan di kawasan berkenaan.

JURUTEKNIK JPP menjalankan kerja penyedutan sisa di lurang kumbahan di Jalan Ewan.Jurucakap JPP berkata pihaknya berdepan kesukaran menangani masalah lubang kumbahan melimpah di Jalan Ewan akibat saluran tersumbat.

Menurutnya pemeriksaan mendapati paras sisa kumbahan dalam lurang terlalu tinggi dan terdapat ketulan gris yang mengeras di dalam paip bawah tanah.

“Kami mengesyaki ada pihak membuang minyak masak terpakai terus ke dalam saluran kumbahan,” katanya.

Sebuah lori tangki berkapasiti 8,000 liter dihantar ke lokasi bagi mengepam keluar sisa dari lurang bagi mengurangkan gangguan kepada orang awam.

“Tiga juruteknik kami menjalankan kerja mengepam keluar sisa dari lurang kumbahan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi orang awam di kawasan bandar ini,” tambahnya.

Jurucakap itu memaklumkan pemeriksaan susulan empat hari kemudian.

“Paras sisa kumbahan didapati meningkat sehingga hampir ke permukaan penutup logam berbentuk segi empat dalam kejadian ini.

“Berdasarkan maklum balas pemilik perniagaan kami akan berusaha melakukan kerja penyedutan dan pembersihan paip dengan lebih kerap bagi mengurangkan masalah kumbahan yang dialami pemilik serta peniaga lain di kawasan ini,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here