Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Bongawan berpotensi jadi pusat strategik O&G Sabah, kata Anifah
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Bongawan berpotensi jadi pusat strategik O&G Sabah, kata Anifah
BONGAWAN: Pembangunan Bongawan sebagai salah satu hab minyak dan gas (O&G) di Sabah akan menjadi antara teras strategik manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan ini sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) Ke-17.

Calon GRS, Tan Sri Anifah Aman berkata Bongawan mempunyai potensi itu memandangkan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) diwujudkan di kawasan tersebut hasil usaha beliau ketika menjadi Ahli Parlimen Kimanis sebelum ini.

Advertisement
Pada masa sama, katanya, usaha itu mampu direalisasikan susulan pengalaman serta hubungan baik beliau dengan pihak berkaitan, khususnya di luar negara, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Luar sebelum ini.

“Ia bukan sekadar cadangan politik, sebaliknya perancangan ini adalah agenda pembangunan yang saya yakin boleh direalisasikan berdasarkan pengalaman saya dan potensi yang dimiliki Bongawan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita berjaya mewujudkan SOGT di Kimanis yang kini menjadi tonggak industri tenaga di Sabah, dan jika itu mampu dilakukan, tidak mustahil Bongawan juga dapat mengulangi kejayaan sama.

“Kita mahu pastikan pembangunan ini bukan lagi sekadar harapan kosong; sebaliknya, jika Bongawan dijadikan hab minyak dan gas, rakyat Bongawan akan menjadi penerima manfaat utama,” katanya.

Advertisement
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata pelbagai manfaat bakal dinikmati warga Bongawan menerusi kewujudan Hab Minyak dan Gas tersebut, antaranya pertumbuhan ekonomi setempat yang pesat.

Bukan itu sahaja, katanya, ia juga bakal melonjakkan peluang pekerjaan untuk masyarakat, khususnya anak muda, dalam semua keperluan tenaga kerja secara langsung dan tidak langsung termasuk perkhidmatan sokongan industri.

Advertisement
Pada masa sama, katanya, usaha itu mampu melonjakkan ekonomi serta memodenkan infrastruktur di Bongawan seperti jalan raya, pelabuhan kecil/logistik, sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang akan ditingkatkan untuk menyokong hab industri.

“Banyak lagi manfaat daripada usaha ini yang akan menjadikan Bongawan sebagai tumpuan baharu di Sabah, malah boleh menjadi zon strategik seperti Bintulu di Sarawak dan Kemaman di Terengganu.

“Ini sekali gus akan mewujudkan identiti baharu bagi Bongawan sebagai pusat industri tenaga Sabah, dan seterusnya dikenali di peringkat nasional,” katanya.

Sehubungan itu, Anifah menyeru sokongan dan mandat rakyat Bongawan pada PRU DU Sabah Ke-17 bagi membolehkan aspirasi itu direalisasikan demi kebaikan bersama.

“Izinkan saya menebus perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana saya tidak mahu meninggalkan legasi yang tergantung, dan saya mahu menebus semula apa yang tidak sempat diselesaikan.

“Ini demi memastikan masyarakat Bongawan benar-benar menikmati pembangunan yang mereka layak terima, dan dengan mandat baharu ini, saya bersedia memimpin usaha menjadikan Bongawan nadi industri tenaga Sabah.

“Seterusnya memastikan pembangunan besar ini memberi manfaat terus kepada rakyat, bukan kepada pihak tertentu sahaja. Inilah masa untuk kita membawa Bongawan ke tahap yang lebih tinggi, melangkaui retorik menuju pelaksanaan sebenar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here