Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Zara kata ‘saya mahu terjun’: Rakan
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Zara kata ‘saya mahu terjun’: Rakan
Kota Kinabalu: Seorang pelajar Tingkatan Dua dari SMK Tun Mustapha memberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir berada dalam keadaan tidak menentu dan sempat berkata “saya mahu terjun” kira-kira sejam sebelum ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah.

Peguam Joan Goh bersama Datuk Ram Singh yang memberi taklimat kepada media pada Selasa berkata pelajar tersebut yang merupakan deponen ke-65 memberitahu koroner bahawa ketika dia bertemu Zara antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 16 Julai dan mangsa dilihat berjalan mundar-mandir di hadapan tandas tingkat tiga dan kawasan dorm, bukan sepanjang koridor.

Advertisement
Menurut Goh saksi kanak-kanak itu turut memaklumkan bahawa pada malam kejadian dia terjaga antara jam 1 pagi hingga 2 pagi dan teringat janjinya untuk bertemu rakan sekelas di Blok A.

“Ketika dalam perjalanan ke dorm rakannya dia ternampak seorang pelajar perempuan dalam keadaan tidak menentu, berjalan ulang-alik. Apabila dihampiri dia menyedari pelajar itu ialah Zara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Wajah Zara kelihatan kemerahan seperti baru menangis. Dia juga teresak-esak dan matanya merah. Saksi memanggil namanya dan bertanya keadaannya.

“Zara kemudian menyatakan dia mahu berpindah sekolah. Apabila ditanya sebab dia enggan menjelaskan dan hanya berkata ‘saya mahu terjun’.

Advertisement
“Saksi terkejut dan pada mulanya tidak pasti samaada Zara bergurau atau serius kerana dia pernah menyebut perkara sama beberapa kali sebelum ini.

“Namun begitu saksi tetap menasihati Zara supaya bertenang dan meluangkan kira-kira 10 minit bersamanya ketika itu,” katanya.

Advertisement
Menurut Goh lagi pelajar itu kemudian memegang tangan Zara dan membawanya kembali ke bilik sebelum menutup pintu dengan harapan mangsa dapat berehat dan tidur.

Saksi hanya menghantar Zara sehingga ke pintu bilik, melihatnya masuk sebelum kembali ke biliknya di Blok B.

“Setibanya di Blok B Sumaiyah, dia melalui tangga hadapan dan terus tidur sebaik tiba di bilik,” katanya.

Keesokan paginya sebelum solat Subuh saksi dikejutkan oleh seorang rakan dalam keadaan menangis.

“Saksi bertanya apa yang berlaku namun rakannya tidak terus menjawab. Selepas solat Subuh barulah rakannya memaklumkan bahawa Aunty Lina memberitahu Zara telah terjun.

“Ketika itu saksi sangat terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa,” katanya.

Saksi turut memberitahu bahawa dia masih mengingati pakaian yang dipakai Zara pada malam tersebut iaitu baju lengan panjang berwarna putih di bahagian tengah dan biru pada lengan kanan malah menyatakan dia juga memiliki baju yang sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here