Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Finas santuni artis veteran Sabah
Published on: Monday, November 17, 2025
Published on: Mon, Nov 17, 2025
Text Size:
Text:
Finas santuni artis veteran Sabah
TEO (dua dari kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada Ejin (dua dari kiri).
TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menziarahi pelakon veteran Sabah, Ejin Dinting, 77, di Kampung Dato menerusi Program Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Kunjungan itu sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan memastikan anak seni di Sabah termasuk artis uzur dan tidak lagi aktif terus diberi perhatian serta tidak tersisih daripada inisiatif kebajikan industri.

Advertisement
Menurut Teo setakat 15 November seramai 167 penerima menerima bantuan Ziarah Seni Madani melepasi sasaran awal 100 orang. 

“Peningkatan ini menunjukan kesungguhan kerajaan menghargai jasa dan sumbangan karyawan seni. Seramai enam penerima adalah dari Sabah dan negeri ini sentiasa menjadi antara kawasan yang diberi perhatian.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Program hari ini memberi peluang untuk saya menziarahi Ejin dan menyerahkan sedikit bakul makanan serta sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau,” katanya ketika ditemui pada program itu pada Sabtu.

TEO (dua dari kanan) sewaktu  menyantuni penerima sumbangan Ejin.Di samping itu beliau juga memaklumkan program berkenaan akan diteruskan tahun hadapan selaras dengan komitmen kerajaan menyantuni lebih ramai penggiat seni di seluruh negara.

Advertisement
“Program ini bukan bersifat one-off. Ia dimulakan sejak 2023 dan tahun ini kita dapat lihat peningkatan jumlah penerima,” ujar beliau.

Sementara itu Ejin melahirkan rasa terharu atas kunjungan dan sumbangan yang diterimanya.

Advertisement
“Terima kasih kerana datang melawat saya. Saya sangat terharu dan berharap lebih ramai artis veteran Sabah akan terus dibantu,” katanya.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Sinergi Industri Finas Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin dan Presiden Sabah Film & Visual Association (Safva) Chester Pang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here