Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Persekutuan perlu telus kutipan hasil dari Sabah
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
By: Gerry Lewis, Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Persekutuan perlu telus kutipan hasil dari Sabah
Jeffrey turut menegaskan bahawa kebebasan beragama di Sabah mesti terus dihormati sebagai sebahagian daripada janji ketika pembentukan Malaysia.
TAMBUNAN: Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata walaupun komitmen Perdana Menteri untuk menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil cukai amat dihargai, Kerajaan Persekutuan perlu bersikap telus sepenuhnya mengenai jumlah sebenar hasil yang dikutip daripada negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Keningau itu berkata Kerajaan Sabah telah mengemukakan 13 permohonan rasmi untuk mendapatkan data berkenaan namun tidak menerima sebarang maklum balas.

Advertisement
“Oleh sebab itu, kerajaan negeri terpaksa mendapatkan maklumat melalui saluran sendiri. Berdasarkan dapatan kami, Kerajaan Persekutuan mengutip sekurang-kurangnya RM50 bilion setahun daripada Sabah,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata berdasarkan jumlah itu, hak Sabah terhadap pulangan hasil 40 peratus sepatutnya berjumlah kira-kira RM20 bilion setahun.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, jumlah RM17 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri baru-baru ini bukanlah bayaran yang berkaitan dengan tuntutan 40 peratus tersebut.

“RM17 bilion itu merujuk kepada perbelanjaan Kerajaan Persekutuan di Sabah, termasuk peruntukan pembangunan, pentadbiran dan infrastruktur asas — ia merupakan tanggungjawab kerajaan pusat, bukan sebahagian daripada pulangan hasil 40 peratus,” tegasnya.

Advertisement
Tambahnya, RM17 bilion itu sebenarnya datang daripada 60 peratus hasil Sabah yang sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan sewajarnya dibelanjakan di negeri ini.

“Itu bukan hadiah atau geran khas — ia adalah wang rakyat dan harus digunakan untuk Sabah. Baki RM17 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan terpulang kepada mereka, tetapi 40 peratus hak Sabah mesti dipulangkan,” katanya.

Advertisement
Beliau menyalahkan kegagalan berterusan Kerajaan Persekutuan menunaikan hak 40 peratus itu sebagai punca utama kelewatan pembangunan infrastruktur asas di Sabah, termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.

Jeffrey turut menegaskan bahawa kebebasan beragama di Sabah mesti terus dihormati sebagai sebahagian daripada janji ketika pembentukan Malaysia.

“Sabah ialah negeri yang harmoni dan berbilang agama. Prinsip kebebasan beragama mesti dikekalkan dan dihormati sebagaimana dijamin dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Sementara itu, Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan 40 peratus hasil Sabah.

Henrynus.

Bagaimanapun, Presiden Anak Negeri Datuk Henrynus Amin berkata, pengumuman Perdana Menteri itu kurang telus dalam percubaannya untuk mengaitkan hak perlembagaan dengan perbelanjaan Persekutuan.

Henrynus berkata Anak Negeri mahu membuat beberapa tuntutan dan meminta penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Anak Negeri mahu Perdana Menteri segera menjelaskan kenyataannya semasa berjalan-jalan di Jalan Gaya Kota Kinabalu pada Ahad lalu yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengutip RM10 bilion hasil daripada Sabah tahun lalu tetapi memperuntukkan RM17 bilion dikembali kepada negeri ini.

"Perbandingan Perdana Menteri ini menunjukkan salah faham yang serius tentang isu perlembagaan.

“Geran Khas 40 peratus adalah hak yang perlu dibayar dan bukan sekadar peruntukan pembangunan," kata Henrynus.

Beliau menambah, perbelanjaan Persekutuan untuk perkhidmatan seperti pertahanan, polis, pendidikan dan kesihatan di Sabah adalah kewajipan perlembagaan kepada semua rakyat Malaysia. 

Kata Henrynus, agak aneh tiada rekod terbuka atau boleh disahkan wujud menunjukkan jumlah pendapatan Persekutuan yang dikutip di Sabah. 

“Sukar mempercayai hasil Persekutuan dari Sabah hanya RM10 bilion memandangkan aktiviti ekonomi negeri ini. Di manakah hasil daripada Petronas, PNB, Tabung Haji dan Felda?” katanya. 

Sehubungan itu, katanya, Anak Negeri menuntut agar Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan mekanisme untuk mendedahkan semua pendapatan persekutuan yang terkumpul di Sabah.

Menurut Henrynus, pada asasnya  mereka percaya bahawa pemulihan penuh dan segera Geran Khas 40 peratus mesti dikaitkan dengan penurunan kuasa persekutuan kepada negeri.

Beliau menegaskan pemulihan penuh Pemberian Khas 40 peratus mesti disertai dengan penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan, terutamanya imigresen.

Anak Negeri turut mencadangkan peruntukan 40 peratus digunakan bagi menubuhkan universiti dan hospital negeri untuk menangani kekurangan dalam infrastruktur serta tenaga kerja kesihatan.

Henrynus berkata, pendekatan bersepadu ini akan memastikan hak kewangan diterjemahkan kepada pembangunan transformatif dan penyampaian perkhidmatan lebih baik untuk rakyat Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here