Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
6 lot deretan kedai musnah dalam kebakaran di Tawau
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
6 lot deretan kedai musnah dalam kebakaran di Tawau
ANGGOTA bomba dan penyelamat berdepan risiko tambahan percikan api daripada kabel elektrik berhampiran ketika memadam kebakaran.
TAWAU: Enam lot deretan kedai musnah dalam kebakaran awal pagi di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4, Jalan Apas, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata kebakaran yang memusnahkan struktur kayu itu menyebabkan kira-kira 80 peratus daripada enam deretan kedai musnah. Bagaimanapun, dua kedai berjaya diselamatkan.

Advertisement
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi dan tiba di lokasi dalam sembilan minit. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sebuah kereta Perodua Axia yang diletakkan berhampiran turut mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.25 pagi dan dipadam sepenuhnya pada jam 6 pagi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seramai 12 anggota terlibat dalam operasi itu yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Sulaiman Md Salleh dengan bantuan dua pegawai polis.

Pasukan bomba menggunakan tiga pancutan dan dua aliran air sepanjang 300 kaki bagi memadamkan api dengan sumber air diambil daripada tangki dan jentera bomba.

Advertisement
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta menilai jumlah kerugian dialami premis terjejas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here