Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
BN Sabah umum tambahan 4 calon baharu
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
BN Sabah umum tambahan 4 calon baharu
Bung Moktar berkata barisan calon yang diketengahkan oleh BN kali ini membawa penawaran kepimpinan lebih segar dan menyeluruh bukan sahaja untuk memperkukuh kestabilan politik, tetapi juga mengangkat Sabah ke arah pembangunan yang lebih inklusif.
Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah pada Rabu mengumumkan penambahan empat calon baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai langkah memperkukuh barisan kepimpinan dan kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya berkenaan.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan dibuat selepas meneliti perkembangan mutakhir serta hasil rundingan yang diperhalusi bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh dan strategik.

Advertisement
“Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan strategik, sesuai dengan keperluan rakyat serta dinamika politik negeri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Empat calon baharu yang diumumkan ialah Willey Lampaki bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Bandau; Rahmah Jan Sulaiman (N43 Kemabong); Datuk Chin Kim Hiung (N54 Karamunting) dan Chaya Sulaiman (N70 Kukusan).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata penambahan itu mencerminkan komitmen berterusan BN Sabah untuk memastikan setiap komuniti di kawasan pilihan menerima pembelaan serta khidmat terbaik daripada calon berwibawa dan bersedia menggalas amanah rakyat.

“Jentera parti di semua peringkat diminta untuk menggiatkan persiapan dan melaksanakan gerak kerja secara tersusun, inklusif dan berfokus demi memastikan kemenangan dan mandat rakyat kembali kepada BN,” katanya.

Advertisement
Ahad lepas, BN Sabah mengumumkan senarai 41 calon yang bakal bertanding pada PRN kali ini menggandingkan muka baharu dan lama, sebelum tambahan empat lagi calon hari ini, menjadikan bilangan keseluruhan calon daripada parti itu sebanyak 45 orang.

Bung Moktar berkata barisan calon yang diketengahkan oleh BN kali ini membawa penawaran kepimpinan lebih segar dan menyeluruh bukan sahaja untuk memperkukuh kestabilan politik, tetapi juga mengangkat Sabah ke arah pembangunan yang lebih inklusif.

Advertisement
“Saya berharap barisan calon ini dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya serta membuktikan kemampuan untuk meraih keyakinan pengundi, sekali gus memastikan kemenangan BN,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada Sabtu ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here