Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Star Sabah umum 29 calon, mungkin kerjasama Upko
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Star Sabah umum 29 calon, mungkin kerjasama Upko
Barisan calon Star Sabah.
Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) mengumumkan 29 calon pilihan raya negeri Sabah ke-17 pada Rabu, dengan rancangan untuk bertanding di keseluruhan 40 kerusi. Parti itu menampilkan majoriti muka baharu, termasuk lima calon wanita.

Presiden Star Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, berkata baki 11 calon lagi akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Advertisement
Katanya, parti itu pada awalnya merancang untuk bertanding di 43 kerusi, namun jumlahnya dikurangkan selepas semakan terhadap calon simpanan dilakukan.

Mengenai kriteria pemilihan calon, Jeffrey berkata yang pertama, calon mesti bebas daripada sebarang masalah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kedua, mereka mestilah boleh menang, dan ketiga, mesti berkeupayaan. Selain daripada itu, kita tidak terlalu kisah. Yang penting mereka bersih, berpotensi menang, boleh bekerjasama dengan rakyat dan menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, Star Sabah kini bekerjasama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan telah menjadualkan perbincangan dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) esok (13 Nov).

Advertisement
“Ya, saya yakin,” katanya ketika ditanya sama ada maklum balas daripada Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick, positif.

“Malah, kami sebenarnya menunggu mereka (Upko) sebelum pengumuman calon, tetapi kerana jadual pengumuman telah ditetapkan lebih awal, jadi itu antara sebabnya,” jelas Jeffrey.

Advertisement
Katanya, pengagihan kerusi juga akan mengambil kira kemungkinan kerjasama antara kedua-dua parti.

Mengenai kemungkinan bekerjasama dengan parti lain, Jeffrey berkata ia akan dipertimbangkan selepas pilihan raya.

Beliau turut mengingatkan semua calon supaya tidak mudah dibeli atau dipengaruhi.

Jeffrey, yang akan mempertahankan kerusi Tambunan, kini merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Star Sabah yang masih kekal dalam parti.

Untuk rekod, lima Adun lain yang memenangi kerusi atas tiket Star Sabah pada pilihan raya 2020 telah keluar parti dan kekal bersama gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang ditinggalkan Star Sabah pada Okt lalu.

Dalam pilihan raya 2020, Star Sabah memenangi enam daripada lapan kerusi yang ditandingi — iaitu Bingkor, Tambunan, Tulid, Liawan, Paginatan dan Sook.

Senarai 29 calon Star Sabah:

Tambunan – Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan; Bengkoka – Maklin Masiau; Bandau – Shirewin D. Patrick; Tandek – Datuk Arlinsia Agang; Pintasan – Raplin Samat; Tempasuk – Walter Mark Mukis; Usukan – Mohd Lin Harun; Tamparuli – Jinitoh Sontori; Kiulu – Terence Sinti; Karambunai – Datuk Stephen Teo; Inanam – Datuk Kenny Chua; Api Api – Ting Shu Kiong; Petagas – Annita Shiela F. Among; Kapayan – Bernard Loguin; Kawang – Beverly Natalie Koh; Membakut – Adrian Lajim; Sindumin – Moktar Matussin; Karanaan – Mohd Anuar Abdul Ghani; Paginatan – Pedderin Tuling; Bingkor – Mohd Ishak Ayub; Liawan – Augustine A. Nain; Melalap – Alviana Linus; Kemabong – Hasmin Azroy Abdullah; Tulid – Datuk Baritus Gungkit; Sook – Ireneus Pagut; Tungku – Suling Isib; Bugaya – Mohd Taha Mohd Dara; Balung – Chee Kheng Moi; Sri Tanjong – Datuk Fung Len Fui.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here