Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Usno ‘okey’ kalau tidak tanding: Pandikar
Published on: Thursday, October 09, 2025
Published on: Thu, Oct 09, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Usno ‘okey’ kalau tidak tanding: Pandikar
Pandikar juga mempersoalkan keikhlasan sesetengah pemimpin parti tempatan yang mengkritik GRS hanya menjelang pilihan raya, walhal sebelum ini mereka bersama dalam gabungan itu.
SANDAKAN: Presiden Usno Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bahawa parti itu akan terus bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, walaupun Usno memiliki aspirasi untuk bertanding di lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang, realiti politik memaksa parti itu untuk menerima sebarang peruntukan kerusi secara pragmatik.

Advertisement
“Kalau ikut aspirasi saya, saya mahu tanding banyak kerusi. Tapi kami bukan parti besar. Mana yang diberi, kami ambil. Kalau tidak tanding pun ‘okey’ juga,” katanya mengulas pendirian Usno yang kekal bersama GRS sebagai gabungan paling mantap untuk masa depan Sabah.

Beliau turut memberi nasihat kepada rakyat Sabah agar tidak mudah terperangkap dengan retorik politik.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Meskipun ada suara kononnya rakyat Sabah mahu parti tempatan itu hanya retorik politik. Ramai juga pemimpin Sabah yang masih bersama parti dari Semenanjung.

Tidak semua orang Sabah mementingkan parti lokal,” katanya.

Advertisement
Pandikar juga mempersoalkan keikhlasan sesetengah pemimpin parti tempatan yang mengkritik GRS hanya menjelang pilihan raya, walhal sebelum ini mereka bersama dalam gabungan itu.

“Kalau misalkan Datuk Yong atau Dr. Jeffrey guna lambang sendiri dan hentam GRS, sebelum ini mereka di mana? Empat tahun lalu mereka bersama GRS. Kenapa sekarang baru kritik? Saya tak nampak keikhlasan di situ,” ujarnya.

Advertisement
Menurutnya, rakyat perlu lebih bijak menilai parti dan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Ramai pemimpin mahu puaskan hati sendiri tetapi lupa bahawa di belakang mereka adalah rakyat. Politik bukan soal perasaan peribadi, tetapi soal masa depan rakyat,” tambahnya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Kepedulian Pemimpin Bersama Rakyat Sekong di Dewan Hakka, baru-baru ini,

Beliau turut menyeru rakyat Sabah agar tidak mudah termakan dengan slogan parti-parti tanpa melihat rekod dan sumbangan sebenar setiap parti.

“Usno pun parti lokal, begitu juga Warisan, Star, SAPP semua lokal, cuma berlainan pendekatan dan rekod politik. Jadi siapa yang paling layak, biarlah rakyat tentukan,” katanya dan menekankan keperluan untuk menjadi pemimpin yang sederhana dan rasional dengan mengutamakan kepentingan negeri.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here