Mon, 11 May 2026
Headlines:
Sabah mohon tambahan pinjaman baik pulih bekalan air, pembetungan
Published on: Sunday, May 10, 2026
Published on: Sun, May 10, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah mohon tambahan pinjaman baik pulih bekalan air, pembetungan
Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti negeri berkata sistem pembetungan sedia ada juga sudah terlalu lama sehingga menyebabkan banyak struktur paip bawah tanah mengalami kerosakan.
KUDAT: Kerajaan Negeri Sabah memerlukan tambahan kemudahan pinjaman mudah daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur bekalan air dan membaik pulih sistem pembetungan usang yang kini berusia lebih 50 tahun.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata ini kerana masalah utama yang sedang membelenggu sebahagian besar negeri berkenaan, termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, adalah isu bekalan air yang tidak mencukupi serta kadar air tidak terhasil (NRW) tinggi.

Advertisement
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti negeri berkata sistem pembetungan sedia ada juga sudah terlalu lama sehingga menyebabkan banyak struktur paip bawah tanah mengalami kerosakan.

“Sebab itu, antara lain yang kami perlukan adalah perbanyakan lagi pinjaman mudah untuk air dan pembetungan kerana sistem pembetungan kami sudah lama, sudah lebih 50 tahun. Jadi, banyak yang pecah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Bersama Penduduk Pulau Banggi di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Advertisement
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.

Sementara itu, Joachim mewakili seluruh rakyat Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anwar kerana di bawah pentadbiran beliau, sembilan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya dimuktamadkan, menjadikan keseluruhan 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan.

Advertisement
Beliau berkata penyelesaian tuntutan hasil Sabah juga amat diperlukan bagi mempertingkatkan infrastruktur jalan raya menuju ke kawasan kampung pedalaman yang diyakini mampu mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan dan melonjakkan ekonomi negeri ke tahap yang lebih baik.

“Kami faham ada masalah, kita berunding, namun kalau boleh kita mahu (tuntutan hak) 40 peratus itu dipercepatkan demi pembangunan negeri Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here