RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Rusdin Riman memperuntukkan RM30,000 daripada dana pembangunan kawasan beliau bagi membaiki kawasan tadahan air di Kampung Rumantai yang rosak akibat kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Beliau berkata pihaknya menyedari masalah yang dihadapi penduduk kampung itu dan tindakan segera telah diambil bagi menyelesaikannya.
“Mereka (penduduk Kampung Rumantai) telah mengemukakan permohonan dan kita telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan kawasan tadahan air baharu dan diharap ia dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.
“Buat sementara waktu, kita meminta penduduk kampung khususnya yang terjejas supaya bersabar sementara menunggu masalah ini diselesaikan.






