Sat, 23 May 2026
Headlines:
Dadah: Wanita dipenjara 7 tahun
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dadah: Wanita dipenjara 7 tahun
Dia didakwa di bawah Seksyen 15(2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(2) dan Seksyen 38B(1) akta sama.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah mengambil dadah buat kali kedua.

Rujinah Marudin mengaku bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain atas pertuduhan menggunakan dadah berbahaya iaitu methamphetamine dan amphetamine di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Kota Kinabalu pada 16 April lalu.

Advertisement
Dia didakwa di bawah Seksyen 15(2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(2) dan Seksyen 38B(1) akta sama.

Pertuduhan turut menyatakan tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua tahun pengawasan polis pada 3 Jun 2022.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah diberitahu keputusan ujian air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Semakan lanjut juga mendapati beliau merupakan pesalah berulang, sekali gus layak dikenakan hukuman lebih berat di bawah undang-undang.

Advertisement
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman lebih ringan dengan alasan beliau masih bujang dan tidak mempunyai ibu bapa.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon hukuman berbentuk pencegahan memandangkan tertuduh merupakan pesalah berulang.

Advertisement
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh tangkapan namun tertuduh dikecualikan daripada hukuman sebatan kerana merupakan wanita.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 56 tahun didenda RM50 atau penjara satu hari oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki barangan disyaki curi.

Patrick Chau mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan memiliki sembilan gulung tisu di kawasan parkir sebuah hotel di Great Eastern Hotel pada 10 Mei jam 9.19 pagi.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah yang memperuntukkan denda maksimum RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan memaklumkan hasil siasatan mendapati tertuduh dilihat keluar dari kawasan tandas hotel sebelum ditahan di kawasan parkir.

Bagaimanapun siasatan tidak dapat mengesahkan semua tisu tersebut milik hotel kerana tiada tanda pengenalan hotel pada barangan berkenaan.

Tertuduh juga gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana beliau memperoleh barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here