Fri, 22 May 2026
Headlines:
Polis Sabah tumpas dua sindiket dadah, jumlah rampasan RM3.25 juta
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis Sabah tumpas dua sindiket dadah, jumlah rampasan RM3.25 juta
Jauteh berkata hasil operasi itu, sebanyak 63 kilogram (kg) syabu, 31kg cecair THC, 4.49 gram ganja dan satu kilogram serbuk ekstasi berjaya dirampas.
Kota Kinabalu: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan penahanan 10 individu dan merampas pelbagai jenis barang larangan itu bernilai lebih RM3.25 juta dalam beberapa serbuan di empat daerah baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata hasil operasi itu, sebanyak 63 kilogram (kg) syabu, 31kg cecair THC, 4.49 gram ganja dan satu kilogram serbuk ekstasi berjaya dirampas.

Advertisement
“Dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di Taman Heng Long, Jalan Seri Melor Tinagayan, Semporna pada 3 Mei.

“Polis merampas 15 kotak mengandungi 10,000 kartrij pelbagai jenis vape dianggarkan seberat 20kg bersama dua gelen berwarna biru mengandungi cecair disyaki THC seberat 11kg daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 31kg bernilai kira-kira RM93,000.

Jauteh berkata susulan kejayaan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 38 hingga 52 tahun dalam serbuan di sekitar bandar raya ini dan Tawau.

Advertisement
“Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam urusan transaksi dan penghantaran kotak-kotak mengandungi vape serta cecair THC tersebut,” katanya.

Dalam kes kedua, beliau berkata polis menahan lima lelaki dan seorang wanita dipercayai aktif dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan serbuk ekstasi hasil serbuan di bandar raya ini, Penampang dan Sipitang, sejak 11 Mei.

Advertisement
Beliau berkata sebanyak 63.18kg syabu, serbuk ekstasi dan ketamin turut dirampas yang dianggar bernilai RM3.16 juta.

“Dalam serbuan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Kepayan, di sini polis menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta dan merampas dua bungkusan disyaki syabu seberat dua kilogram.

“Hasil soal siasat, polis menemukan 50 bungkusan dadah disyaki syabu seberat 50.95kg di sebuah bilik sewa, di kawasan hab komersial di Penampang,” katanya.

Susulan itu, polis menyerbu sebuah lagi bilik sewa di Donggongon, Penampang dan menahan tiga lagi individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ketua sindiket yang masih diburu pihak polis, selain merampas 10kg syabu serta dua peket serbuk ekstasi.

Seorang lagi lelaki dipercayai pembantu kepada ketua sindiket pula ditahan ketika cuba melarikan diri ke Lawas, Sarawak melalui Pos CIQ Sindumin.

Kedua-dua kes, katanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here