Sat, 23 May 2026
Headlines:
Cubaan seludup dadah RM3 juta melalui kurier gagal
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Cubaan seludup dadah RM3 juta melalui kurier gagal
DR Ahmad dan pegawainya bersama rampasan tersebut.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan syarikat penerbangan dan perkhidmatan kurier untuk menyeludup bahan terlarang ke negeri ini, dengan rampasan lebih 61 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM3 juta dalam serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan sebuah gudang pada 11 Mei lalu.

Pengarah Kastam Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan terbesar membabitkan 57.27kg syabu bernilai RM2.86 juta yang ditemukan dalam empat bagasi di lapangan terbang berkenaan.

Advertisement
Dalam sidang media, beliau berkata pegawai mengesan barangan mencurigakan ketika pemeriksaan bagasi kira-kira jam 1.35 tengah hari sebelum menemukan 142 bungkusan plastik disyaki mengandungi syabu dalam pemeriksaan fizikal.

Katanya, sindiket dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyembunyikan dadah dalam paket plastik sebelum dimasukkan ke dalam bagasi yang dihantar ke Tawau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pegawai bertugas mengesan objek mencurigakan dalam empat bagasi semasa imbasan di kemudahan pemeriksaan Pos Aviation kira-kira jam 1.35 tengah hari.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan ke atas bagasi itu dan di dalamnya ditemukan 142 bungkusan plastik berisi bahan disyaki syabu,” katanya.

Advertisement
Terdahulu, kira-kira jam 1 tengah hari hari sama, pegawai kastam turut merampas satu bungkusan mengandungi lebih 4.6kg syabu bernilai kira-kira RM233,900 di gudang Pos Aviation Kota Kinabalu.

Dalam kes itu, Ahmad berkata dadah berkenaan disembunyikan dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam kotak untuk penghantaran ke Semporna melalui perkhidmatan kurier.

Advertisement
Pada 8 Mei lalu, pegawai kastam turut merampas 375 gram pil ekstasi bernilai RM56,250 dari gudang sama. Dadah berkenaan disembunyikan dalam bungkusan yang dilabel sebagai barangan elektronik.

“Ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata jabatan itu akan terus mempergiat usaha memerangi penyeludupan dadah dan aktiviti jenayah lain.

Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau di pejabat kastam berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here