Sun, 17 May 2026
Headlines:
Sokongan terhadap keputusan Ketua Menteri
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Sokongan terhadap keputusan Ketua Menteri
Kota Kinabalu: Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah (KPPIS) menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Akta 860 di pintu masuk negeri ini.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Jabatan Ketua Menteri atas tindakan tegas dalam mempertahankan kuasa autonomi imigresen Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Presiden KPPIS Azizah S Ahmad (gambar) dalam kenyataan, pada Khamis.

Advertisement
KPPIS turut merakamkan penghargaan kepada rakan sejawat mereka di Semenanjung, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), serta semua pegawai imigresen Sabah atas sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.

“Solidariti ini membuktikan kebajikan dan keselamatan perundangan penjawat awam adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
KPPIS turut mengiktiraf peranan media dalam membawa isu itu kepada perhatian umum yang disifatkan kesatuan berkenaan sebagai faktor penting dalam mencapai keputusan dasar yang tepat untuk Sabah.

Selain itu, KPPIS menyambut baik kenyataan sokongan yang dikeluarkan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada 13 Mei lalu yang membangkitkan kebimbangan berhubung konflik perundangan, termasuk kemungkinan isu ultra vires berkaitan pelaksanaan Akta 860.

Advertisement
Menurutnya, pihaknya menggesa SLS terus memberikan nasihat serta penelitian perundangan bagi memastikan usaha kesatuan itu kekal dalam kerangka undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Sabah.

Mengulas lanjut, Azizah berkata KPPIS tidak akan berhenti setakat isu penangguhan itu sahaja, sebaliknya berhasrat memperkukuh kerjasama strategik dengan KPISM di peringkat nasional, dengan kedua-dua badan berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang secara proaktif terhadap tadbir urus serta pelaksanaan dasar AKPS di seluruh negara.

Advertisement
“Fokus utama kami adalah memastikan sebarang pemindahan atau pemusatan kuasa penguatkuasaan sempadan pada masa depan tidak menenggelamkan, menghakis atau meminggirkan kepakaran serta bidang kuasa khusus imigresen,” katanya.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa barisan hadapan juga perlu dilindungi menerusi rantaian arahan perundangan yang jelas dan tersusun tanpa konflik bidang kuasa.

KPPIS menegaskan pihaknya menyokong inisiatif keselamatan sempadan Kerajaan Persekutuan, namun mengekalkan pendirian bahawa usaha itu tidak boleh dilaksanakan sehingga menjejaskan kedaulatan perundangan wilayah, autonomi negeri atau perlindungan undang-undang kepada pegawai yang bertugas di barisan hadapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here