Tue, 12 May 2026
Headlines:
Pesta Kaamatan wadah perpaduan rakyat Sabah: Ketua Menteri
Published on: Monday, May 11, 2026
Published on: Mon, May 11, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pesta Kaamatan wadah  perpaduan rakyat Sabah: Ketua Menteri
JONISTON (tengah) menuai padi sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan Tuaran di Dewan Sri Sulaman.
Tuaran: Sambutan Pesta Kaamatan terus kekal sebagai wadah penting dalam memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sabah selain memupuk semangat kekitaan dan hubungan silaturahim dalam masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sambutan itu bukan sekadar meraikan warisan budaya malah menjadi platform untuk menyemai nilai kebersamaan, saling menghormati dan kerjasama dalam kalangan rakyat.

Advertisement
“Pesta ini bukan sahaja untuk kita meraikan warisan budaya. 

“Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada sambutan ini dengan terus memupuk nilai kebersamaan, saling menghormati dan bekerjasama sebagai satu keluarga besar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran di Dewan Sri Sulaman pada Sabtu.

Menurut Hajiji tema sambutan tahun ini iaitu Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraih Keharmonian mencerminkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik.

Advertisement
Katanya perpaduan dan kestabilan politik amat penting kerana ia mampu membawa kemajuan serta pembangunan berterusan kepada negeri.

Dalam pada itu beliau berkata agenda pembangunan negeri menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 akan menjadi landasan penting dalam membawa Sabah ke arah kejayaan yang lebih besar.

Advertisement
“SMJ 2.0 merupakan kesinambungan kepada SMJ 1.0 yang menuntut perubahan berterusan dalam meningkatkan keupayaan diri merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan negeri,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus memperkukuh ekonomi menerusi sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian dan ekonomi digital di samping memperkasa pembangunan modal insan melalui peningkatan pendidikan, kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.

Hajiji berkata sambutan Pesta Kaamatan amat signifikan dalam usaha memartabatkan kekayaan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada sambutan dan perayaan kebudayaan serta keagamaan kerana program seperti ini mampu memantapkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya terus mengeratkan perpaduan, saling menghormati dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang boleh memudaratkan keharmonian yang dikecapi selama ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here