Fri, 8 May 2026
Headlines:
Pandikar digesa berundur susulan keputusan keluar GRS
Published on: Thursday, May 07, 2026
Published on: Thu, May 07, 2026
Text Size:
Text:
Pandikar digesa berundur susulan keputusan keluar GRS
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Usno Iskandar Zulkarnain Ramli (gambar) menggesa Presiden parti itu Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya meletak jawatan dengan menyifatkan keputusan menarik keluar parti daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai terburu-buru dan tidak mendapat sokongan majoriti kepimpinan parti.

Iskandar, yang juga Timbalan Ketua Pemuda GRS, berkata langkah itu lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Advertisement
“Keputusan membawa Usno keluar dari GRS adalah tidak bijak, tergesa-gesa dan lebih memudaratkan daripada memberi manfaat kepada parti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata masa keputusan itu dibuat juga tidak sesuai memandangkan Usno ketika ini tidak mempunyai sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, meninggalkan kerajaan tanpa hala tuju jelas sebagai pembangkang hanya akan melemahkan parti serta mengurangkan peluang untuk membina semula kekuatan politik atau berkhidmat kepada rakyat.

Iskandar berkata keputusan itu bukanlah sebulat suara dengan 19 daripada 26 ketua bahagian serta majoriti ahli Majlis Tertinggi dilaporkan tidak bersetuju.

Advertisement
Tambahnya, sayap-sayap penting parti termasuk Kaum Ibu dan pergerakan belia Kumpulan Generasi Baru tidak dirujuk sebelum pengumuman dibuat.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Pandikar telah kehilangan keyakinan dan sokongan sebahagian besar kepimpinan parti,” katanya.

Advertisement
Iskandar menggesa Pandikar berundur demi masa depan parti dan memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk tampil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here