KUNAK: Pramugari Malaysia Airlines (MAS) Rachel Justin, 28, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak pada Ahad.
Rachel membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. sijil penyertaan, piala serta jambangan bunga.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Naib johan Erviyanna Rekha Neseter, 23, membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, sijil serta trofi sementara tempat ketiga Alexie Joey Alphonsus, 18, menerima wang tunai RM1,500, sijil dan jambangan bunga.
Tiga lagi peserta akhir dalam pemilihan Unduk Ngadau termasuk Avila Eve Jusilin, 22, Miccy Clara Isabell Masri, 20, dan Angelie Vichelle Jupiri,18, turut menerima wang tunai, trofi, jambangan bunga dan sijil penyertaan.
Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu merasmikan majlis itu.