Sun, 17 May 2026
Headlines:
Pelan SMJ 1.0  capai 100 peratus pelaksanaan
Published on: Thursday, May 14, 2026
Published on: Thu, May 14, 2026
Text Size:
Text:
Pelan SMJ 1.0  capai 100 peratus pelaksanaan
Kota Kinabalu: Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 mencapai 100 peratus pelaksanaannya sepanjang tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025.

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai (gambar) berkata, pencapaian itu membuktikan usaha kerajaan negeri dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah.

Advertisement
“Satu laporan penuh pelan SMJ 1.0 telah kita bentangkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam masa sama membentangkan pelan SMJ 2.0 untuk melakar sejarah baru dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita juga bertukar-tukar pandangan dengan Tun Musa berkenaan Pelan SMJ 2.0 supaya apa yang kita lakar mengenai pelan pembangunan tersebut lebih menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan melonjakkan ekonomi negeri Sabah ke tahap yang lebih maju,” jelasnya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Musa di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jelasnya, antara fokus SMJ 2.0 juga adalah memberi tumpuan khusus buat golongan belia dengan memanfaatkan potensi belia yang boleh menyumbang buat negeri ini.

Selain menyerahkan laporan penuh pencapaian pelan pembangunan SMJ 1.0, kunjungan tersebut juga adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Musa mengenai pelan SMJ 2.0 bagi memastikan pelan tersebut memberikan impak yang positif kepada rakyat dan negeri Sabah.

Advertisement
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Kesejahteraan dan Transformasi Rakyat), Mohd Izwan Izzuddin Ramlan; Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Inisiatif), Faridah Ilah; Penolong Pengarah (Pengurusan Inisiatif), Mohd Shafiq Abdullah Salleh dan Penolong Pengarah (Pegawai Khas Ketua Pegawai Penyelaras), Alorenso Sampaladon.

Pelan pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah pada 29 Mac 2021, manakala pelan pembangunan SMJ 2.0 (2026-2030) pada 30 Januari 2026 yang lalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here