Mon, 11 May 2026
Headlines:
Kanak-kanak, 8, serah surat kepada Perdana Menteri
Published on: Sunday, May 10, 2026
Published on: Sun, May 10, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kanak-kanak, 8, serah surat kepada Perdana Menteri
SYAM Aariz Rayyan menyerahkan suratnya kepada Anwar. – fotoBERNAMA
KUDAT: Seorang kanak-kanak Pulau Banggi berusia lapan tahun yang sering diejek rakan kerana bercita-cita menjadi Perdana Menteri, melakar detik bermakna dalam hidupnya apabila berjaya menyerahkan sendiri sepucuk surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu.

Pertemuan singkat Syam Aariz Rayyan Abdullah bersama Perdana Menteri pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini, membuktikan bahawa cita-cita seorang anak kecil tidak boleh dipandang ringan.

Advertisement
Kanak-kanak itu bersama ibunya, Norsakinah Junaidi, 33, hadir seawal 8 pagi semata-mata untuk menunggu peluang bertemu Anwar dan menyerahkan surat ditulisnya sendiri kepada Perdana Menteri.

Norsakinah berkata anak keduanya itu begitu teruja untuk menulis surat berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kunjungan Perdana Menteri ke Pulau Banggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya bagitahu dia, ‘Perdana Menteri nak datang.’ Dia kata, ‘Mama saya nak tulis surat. Saya nak buktikan dengan kawan-kawan, dengan cikgu saya, sebab saya kata saya nak jadi Perdana Menteri diorang ketawakan saya.

“Jadi saya nak tulis surat, saya nak buktikan, saya nak hantar kat Perdana Menteri. Tolonglah saya mama sampaikan surat saya ini kepada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu.

Advertisement

Sebaik berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara itu, jelas terpancar kegembiraan pada wajah Syam Aariz Rayyan apabila impian kecilnya untuk menyerahkan sendiri surat berkenaan menjadi kenyataan.

Advertisement
Bagi kanak-kanak itu, pertemuan singkat tersebut bukan sekadar kenangan manis, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk terus percaya bahawa cita-cita besar tidak wajar dipadam hanya kerana pernah diketawakan.

Norsakinah berkata sebagai ibu, dia akan terus menyokong minat dan cita-cita anaknya, khususnya dalam bidang pendidikan kerana yakin kejayaan bermula daripada keyakinan diri dan usaha yang berterusan.

Bagi Syam Aariz Rayyan, surat kecil itu mungkin hanya sehelai kertas, namun bagi ibunya ia adalah lambang keberanian seorang anak Pulau Banggi untuk menyatakan impian dan membuktikan bahawa cita-cita besar bermula daripada keberanian untuk percaya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here