Tue, 12 May 2026
Headlines:
Berisiko ancam hak MA63 Sabah
Published on: Monday, May 11, 2026
Published on: Mon, May 11, 2026
Text Size:
Text:
Berisiko ancam hak MA63 Sabah
AZIZAH menyerahkan memorandum bantahan pelaksanaan Akta 860 kepada Hajiji.
Kota Kinabalu: Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah (KPPIS) bimbang undang-undang Persekutuan baharu berisiko menghakis kuasa autonomi negeri, selain mewujudkan pertindihan bidang kuasa yang berbahaya dan akan memberi kesan secara langsung kepada pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk Sabah.

Katanya, Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 (Akta 860) atau AKPS menjejaskan hak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Persekutuan dan Bahagian VII Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
Presidennya Azizah S Ahmad berkata KPPIS terpanggil untuk bersuara susulan perdebatan yang semakin hangat mengenai autonomi imigresen Sabah. Sabah dan Sarawak masing-masing menikmati kawalan imigresen dalaman di bawah MA63.

“Kewujudan akta yang mempunyai bidang kuasa begitu luas dan menyeluruh ini meletakkan pegawai di lapangan dalam keadaan serba salah, antara mematuhi dasar baharu Persekutuan dan menegakkan kuasa mutlak perundangan imigresen di bawah pengawasan kuasa negeri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Situasi ini menyebabkan pegawai berdepan risiko ketidakpastian terhadap prosedur operasi standard dan perlindungan undang-undang ketika menjalankan tugas penguatkuasaan.”

Sebagai respons terhadap apa yang disifatkan sebagai krisis dasar, KPPIS membawa kebimbangan itu terus kepada peringkat tertinggi kerajaan dengan mengadakan dua pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 27 April dan 3 Mei tahun ini.

Advertisement
Azizah berkata, kedua-dua pertemuan itu memberikan isyarat positif daripada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri menyatakan pendirian tegas menolak pelaksanaan Akta 860 di Sabah atas prinsip mempertahankan autonomi kedaulatan negeri,” katanya.

Advertisement
KPPIS turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud pada 4 Mei, di mana KPPIS menyerahkan representasi rasmi menggesa semakan terhadap prosedur penempatan kakitangan dan perlindungan undang-undang bagi ahli-ahlinya di bawah bidang kuasa kementerian itu.

Azizah berkata tindakan KPPIS bukan bertujuan mencabar kepimpinan Jabatan Imigresen.

“Perjuangan KPPIS berlandaskan perlembagaan. Ia melibatkan soal dasar dan perundangan yang perlu diselaraskan semula dengan hak MA63. Oleh itu, KPPIS mengambil tanggungjawab untuk membawa suara kakitangan Imigresen Sabah, khususnya mereka yang bertugas di pintu masuk, terus kepada pembuat dasar di peringkat negeri dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menambah pegawai imigresen di pintu masuk ketika ini berdepan kekeliruan ultra vires serta ketidakpastian mengenai kuasa perundangan mereka susulan peralihan yang berlaku akibat pelaksanaan Akta 860.

“Fokus utama kami sebagai kesatuan adalah memastikan setiap pegawai dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang jelas, teratur dan dilindungi undang-undang tanpa prejudis,” kata Azizah.

“Pada masa sama, kami menyeru pembuat dasar supaya menyelesaikan kelompongan dalam akta ini demi kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pemeliharaan autonomi Sabah,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here