Tue, 12 May 2026
Headlines:
Harapan Sabah terhadap pelan pendidikan 10 tahun
Published on: Monday, May 11, 2026
Published on: Mon, May 11, 2026
Text Size:
Text:
Harapan Sabah terhadap  pelan pendidikan 10 tahun
PENGERUSI PGBM Sabah Nordin Taip, James dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah menyokong penuh aspirasi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dengan penekanan terhadap pendidikan dan infrastruktur digital, kebajikan guru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada aspek kesaksamaan pendidikan, pendidikan inklusif luar bandar, penerapan nilai dan identiti tempatan serta pemerkasaan kepimpinan sekolah.

Advertisement
Beliau berkata melalui sinergi rapat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, isu kritikal seperti sekolah daif dan kekurangan guru di kawasan luar bandar Sabah dijangka dapat ditangani secara menyeluruh dalam pelan 10 tahun itu.

“Kerajaan negeri juga bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan agenda memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta kualiti pendidikan di negeri ini, termasuk menambah baik dan menaik taraf kemudahan serta infrastruktur pendidikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kehadiran pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini menunjukkan kerjasama kukuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan, khususnya ketika fasa awal RPM 2026-2035 sedang dilaksanakan,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Mesyuarat Agung Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Sabah Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Advertisement
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk James Ratib.

Hajiji berkata pendidikan terus menjadi agenda utama kerajaan negeri menerusi pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) walaupun bidang pendidikan berada di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Beliau berkata dari 2021 hingga 2025, sebanyak 14 inisiatif bantuan pendidikan diperkenalkan oleh kerajaan negeri dan semua inisiatif itu diteruskan pada tahun ini bagi membantu mengurangkan beban sekolah serta memastikan pelajar di Sabah tidak tercicir dalam pendidikan arus perdana.

“Antara bantuan pendidikan yang disediakan ialah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah), Bantuan Ihsan Komputer (Baik), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi), Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (Bagus), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) serta program Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (Balkis).

“Turut disediakan ialah Program Bantuan Khas Pendidikan (Bantu), Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (Aksa) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (Sukses), selain pembiayaan pendidikan seperti biasiswa, geran pengajian, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat,” tambahnya.

Ketua Menteri berkata guru besar memainkan peranan penting sebagai pemimpin utama sekolah dan menjadi tulang belakang dalam membentuk kualiti pendidikan serta masa depan generasi muda di negeri ini.

Beliau berkata cabaran landskap pendidikan masa kini memerlukan pemimpin sekolah bukan sahaja menjadi pentadbir yang cekap, tetapi juga mempunyai empati tinggi terhadap warga sekolah serta mampu memimpin perubahan.

“Oleh itu, saya berharap persidangan ini menjadi platform terbaik untuk merangka masa depan, hala tuju, menilai pencapaian serta membincangkan strategi bagi menyokong agenda pendidikan negara.

“Saya juga berharap PGBM Sabah akan terus menjadi platform kukuh dalam menyuarakan aspirasi guru besar demi memartabatkan profesion perguruan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here