Sun, 17 May 2026
Headlines:
Kementerian cari penyelesaian isu lesen di Semporna
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kementerian cari penyelesaian isu lesen di Semporna
Menurut Mohd Arifin, kerajaan telah menerima senarai pihak terlibat dan perbincangan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan pendekatan paling sesuai.
SEMPORNA: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah bagi mencari penyelesaian praktikal berhubung isu pelesenan melibatkan resort dan pengusaha pelancongan di Semporna.

Menteri KKTP, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata proses pelesenan melibatkan beberapa agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan, kementerian serta jabatan berkaitan pelancongan, justeru kerjasama rapat amat penting dalam menyelesaikan perkara itu.

Advertisement
“Ini antara isu yang dibincangkan semasa program Jelajah Aspirasi Menteri 2026 dan kita akan bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan kerana ia melibatkan pelancongan, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain,” katanya selepas program itu, pada Khamis.

Menurut Mohd Arifin, kerajaan telah menerima senarai pihak terlibat dan perbincangan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan pendekatan paling sesuai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia membantu pengusaha resort yang komited mematuhi peraturan, termasuk memudahkan proses mendapatkan lesen yang sah.

“Kita akan bantu setakat yang termampu dan berusaha mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Advertisement
Bagaimanapun, Mohd Arifin menegaskan beberapa kes masih memerlukan tindakan penguatkuasaan mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin dilaporkan berkata, tujuh daripada 80 resort yang beroperasi di perairan Semporna dikenakan kompaun dan diarahkan menghentikan operasi sementara selepas pelbagai kesalahan dikesan, termasuk beroperasi tanpa permit sah.

Advertisement
Beliau berkata, operasi bersepadu melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut membawa kepada penahanan beberapa pekerja resort kerana tidak memiliki dokumen sah.

Jafry berkata, kerajaan negeri memandang serius pematuhan pelesenan dalam sektor pelancongan di Semporna dan kekal bersedia membantu pengusaha mendapatkan kelulusan yang diperlukan.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata kementerian turut mempercepatkan rancangan pembinaan tapak pelupusan sampah baharu di Semporna sebagai sebahagian usaha berterusan menambah baik perkhidmatan pengurusan sisa di daerah itu.

Beliau berkata, tapak pelupusan sedia ada tidak lagi mampu menampung peningkatan jumlah sisa susulan pertambahan penduduk dan perkembangan sektor pelancongan.

“Kita sudah memperoleh tanah bagi tapak pelupusan baharu dan projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja prosedur berkaitan dimuktamadkan,” katanya.

Menurut Mohd Arifin, isu kebersihan, khususnya pembuangan sampah di darat dan perairan sekitar, antara perkara utama yang dibincangkan bersama Majlis Daerah Semporna semasa program berkenaan.

Beliau berkata, usaha kutipan sampah di laut sedang dilaksanakan menerusi syarikat konsesi yang dilantik, namun penglibatan orang ramai tetap penting bagi memastikan kebersihan di seluruh daerah.

Mohd Arifin menyeru kempen kebersihan berasaskan komuniti diperluas serta kesedaran awam terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar diperkukuh.

Beliau turut berkata pihak berkuasa tempatan perlu terus menambah baik kemudahan awam, termasuk menyediakan tong sampah bersaiz lebih besar bagi menggalakkan amalan pelupusan sisa yang lebih teratur.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri turut menangani isu penempatan melibatkan komuniti setinggan, termasuk keluarga yang terjejas akibat kebakaran di beberapa kawasan.

Katanya, tapak penempatan semula baharu yang mampu menempatkan hampir 500 lot telah dikenal pasti dan kerja penyediaan kini sedang dijalankan.

“Proses penempatan semula akan bermula sebaik sahaja kerja meratakan tanah dan penyediaan lot kediaman selesai,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here