Sun, 17 May 2026
Headlines:
Lelaki maut terjatuh dari jambatan selepas nahas
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Lelaki maut terjatuh dari jambatan selepas nahas
PASUKAN penyelamat berada di bawah jambatan itu.
PITAS: Seorang lelaki berusia 41 tahun terbunuh dipercayai terjatuh ke bawah jambatan selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika melalui jambatan kayu di Jalan Kampung Masin, dekat sini, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Lomudin berkata, kejadian kira-kira pada jam 1.30 pagi itu mengakibatkan Beriuse Masikah cedera parah pada bahagian kepala.

Advertisement
Menurut Simiun, siasatan awal mendapati mangsa sedang memandu kereta Mitsubishi Mirage dari arah Kanibongan ke Kampung Narandang di sini. 

“Semasa melalui jalan raya yang berturap batu, lurus namun keadaan gelap, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di atas jambatan kayu tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Mangsa dipercayai cuba keluar dari kenderaan, namun terjatuh ke bawah jambatan berkenaan,” katanya, menambah mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 2.45 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Pitas.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pitas untuk proses bedah siasat.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, PBT II Noor Jali Maslah berkata, seramai enam anggota diketuai oleh PBK I Gabuh Maradan bergegas ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer bersama sebuah jentera sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 pagi.

Menurut Noor Jali, sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 2.28 pagi, pasukan bomba bertindak turun ke sungai itu dan membawa naik mangsa menggunakan pengusung, sebelum diserahkan kepada polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here