Sat, 9 May 2026
Headlines:
Keputusan kes bekas pengarah Jabatan Air diketahui 19 Mei
Published on: Thursday, May 07, 2026
Published on: Thu, May 07, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Keputusan kes bekas pengarah Jabatan Air diketahui 19 Mei
Dari kiri: Ag Mohd Tahir, Fauziah Piut dan Lim Lam Beng.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib bersama dua lagi individu akan mengetahui pada 19 Mei sama ada mereka disabitkan atau dibebaskan daripada pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan tarikh tersebut bagi keputusan melibatkan Ag Mohd Tahir isterinya Fauziah Piut dan bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan Lim Lam Beng.

Advertisement
Mahkamah sebelum ini mendengar hujahan penjelasan di akhir kes pembelaan dengan hujahan Lim didengar pada Rabu manakala Ag Mohd Tahir dan Fauziah pada Selasa.

Ag Mohd Tahir, 63, dan Fauziah, 61, berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta selain pemilikan barangan mewah secara tidak sah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebagai tertuduh pertama, Ag Mohd Tahir menghadapi 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Fauziah pula sebagai tertuduh kedua berdepan 19 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama.

Advertisement
Kedua-duanya turut berdepan dua pertuduhan bersama di bawah Seksyen 4(1)(b).

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk pejabat di Kota Kinabalu, sebuah rumah di Sembulan serta beberapa cawangan bank antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Advertisement
Sementara itu Lim, 72, berdepan empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama kerana didakwa memiliki hasil daripada aktiviti haram berupa sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 Oktober, 22 Oktober, 7 November dan 8 November 2016.

Ketiga-tiga tertuduh pertama kali didakwa pada 29 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 namun mengalami kelewatan susulan pandemik Covid-19 serta beberapa permohonan interlokutori.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 16 Mei 2024 selepas memanggil 46 saksi.

Pada 4 Disember 2024 mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh membela diri.

Ag Mohd Tahir memulakan pembelaan pada 30 April 2025 manakala Fauziah memberi keterangan tanpa sumpah pada 26 September 2025. Lim pula membela diri pada 22 Oktober 2025.

Ag Mohd Tahir turut memanggil 12 saksi pembelaan termasuk bekas Ketua Menteri Tan Sri Pairin Kitingan, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Raymond Tan, bekas setiausaha tetap Datuk Michael Emban dan Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir serta dua adiknya.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T Rining dan Noorsyazwani Sapri, manakala Lim diwakili Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan Haresh Prakash Somiah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here