Sat, 9 May 2026
Headlines:
Gesa penyelarasan lebih baik antara agensi untuk atasi kelewatan Pan Borneo: Ketua Menteri
Published on: Thursday, May 07, 2026
Published on: Thu, May 07, 2026
Text Size:
Text:
Gesa penyelarasan lebih baik antara agensi untuk atasi kelewatan Pan Borneo: Ketua Menteri
HAJIJI diberi taklimat semasa lawatannya memeriksa kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, pakej WP25, di Sukau.
SUKAU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan keperluan penyelarasan segera antara agensi bagi memastikan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo mengikut jadual dan tidak terus berdepan kelewatan. 

Ketua Menteri pada Rabu turun padang meninjau sendiri kemajuan projek itu, di sini.

Advertisement
Dalam lawatan kerjanya, beliau singgah di pakej kerja WP25 bagi sesi tinjauan, pemantauan serta taklimat tapak ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan ke Zon Selamat Sabah Timur (Esszone). 

Hajiji diiringi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab, selain pembantu-pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau dimaklumkan status semasa projek WP25 yang melibatkan jajaran sepanjang kira-kira 14.96 kilometer dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau. 

Setakat ini, kemajuan fizikal projek direkodkan sekitar 12.35 peratus berbanding sasaran jadual asal sebanyak 15.30 peratus manakala kemajuan kewangan mencapai 11.52 peratus. 

Advertisement
Projek bernilai kira-kira RM269.9 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan dengan tarikh penyiapan pada Februari 2028. 

Antara komponen utama pembinaan termasuk persimpangan bertingkat, hentian bas, jambatan pejalan kaki serta sistem perparitan dan culvert bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. 

Advertisement
Hajiji turut dimaklumkan mengenai beberapa kekangan utama di tapak yang menjejaskan kemajuan kerja, termasuk isu pengalihan utiliti, pengambilan tanah serta perobohan struktur sedia ada. 

Masalah utiliti dikenal pasti antara faktor utama yang memperlahankan kerja tanah, di samping cabaran logistik dan akses sementara di kawasan projek. 

Selain WP25, Ketua Menteri turut diberi taklimat perkembangan pakej berhampiran, WP24, yang melibatkan jajaran sepanjang 15.88 kilometer dari Sungai Takala ke Kampung Perpaduan Datuk Moh. 

Bagi WP24, kemajuan fizikal setakat April 2026 direkodkan sekitar 15.60 peratus dengan sedikit kelewatan berbanding jadual asal. 

Sehubungan itu, Hajiji menegaskan kepentingan penyelarasan berkesan antara semua agensi terlibat bagi menangani isu di tapak, termasuk mempercepatkan proses pengambilan tanah dan pengalihan utiliti supaya tidak menjejaskan garis masa pelaksanaan projek. 

Beliau berkata Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B merupakan antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh rangkaian infrastruktur jalan raya, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menghubungkan kawasan-kawasan utama di Pantai Timur Sabah. 

“Kerajaan negeri komited memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara terancang, dipantau rapi dan disiapkan mengikut jadual demi manfaat rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here