Sun, 17 May 2026
Headlines:
Lelaki maut lori masuk gaung 
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Lelaki maut lori masuk gaung 
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
PITAS: Seorang lelaki berumur 58 tahu maut apabila lori muatan batu yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 40 kaki, di sepanjang jalan Kampung Teliduson, dekat sini, petang Khamis.

Sudirman Shamsul disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kejadian jam 4.30 petang itu.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Lomudin berkata, siasatan awal mendapati, lori 10 tan membawa muatan batu dari tapak kuari menuju ke kawasan memproses batu di Kampung Salimpodon, di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke dalam gaung di bahu kanan jalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.57 malam oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Pitas di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pitas untuk proses bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, PBT II Noor Jali Bin Maslah berkata, lima anggota diketuai PBK I Mohd Nor Azmer Bin Mat Shor Nasir bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang.

Katanya, apabila tiba di lokasi pada jam 5.04 petang, pasukan bomba menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan bahagian hadapan lori tertimbus batu yang melimpah dari bahagian belakang lori.

Advertisement
Noor Jali berkata, pasukan bomba dibantu dua jengkaut mengambil masa kira-kira tiga jam melakukan kerja-kerja mengalihkan batu terlebih dahulu untuk membuat ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan pada jam 9.37 malam menggunakan peralatan khas, sebelum diserahkan kepada polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here