Thu, 14 May 2026
Headlines:
Kerjasama perkasa arena nasyid Sabah
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kerjasama perkasa arena nasyid Sabah
AZRUL (tengah) menerima cenderamata daripada Nazri pada kunjungan hormat itu.
PERSATUAN Komposer, Penulis Lirik dan Artis Nasyid Sabah (Kopan) terus komited memperkasa arena nasyid di negeri ini menerusi kerjasama strategik bersama kerajaan negeri dan penggiat seni tempatan.

Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Kopan kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Azrul Ibrahim di Kota Kinabalu pada Isnin.

Advertisement
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat Sabah (Ikrar) Dr Zainuddin Sabu.

Rombongan Kopan diketuai Pengerusinya Mohd Nazri Saidali bersama Setiausaha Muhammad Hafizan Taraweh serta ahli jawatankuasa biro iaitu Nurazmah Tasin, Muhammad Fakhri Arif dan Mohd Azrone Sarabatain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
NAZRI ketika menerangkan mengenai Kopan termasuk misi, peranan dan aspirasi persatuan itu. Dalam pertemuan itu, Nazri menjelaskan secara terperinci mengenai Kopan termasuk misi, peranan dan aspirasi persatuan itu dalam mengembangkan dunia seni nasyid serta aktiviti kemasyarakatan di Sabah.

Katanya lagi, Kopan juga sedang giat menyiapkan 30 lagu baharu nasyid dengan kerjasama S. Nazri Kausar Production yang menampilkan sepenuhnya sentuhan anak seni Sabah.

Advertisement
Menurut Nazri, usaha itu dilihat penting bagi mengukuhkan arena nasyid tempatan selain memberi ruang kepada bakat-bakat Sabah untuk terus diketengahkan.

Sementara itu, Azrul dilaporkan sangat positif dan teruja dengan perkembangan Kopan selepas mendengar penerangan mengenai hala tuju persatuan terbabit.

Advertisement
Pada majlis sama, Kopan turut melantik Azrul sebagai ahli Lembaga Penasihat Kopan yang pertama dan pelantikan itu dipersetujui beliau.

Malah, satu nota kerjasama turut ditandatangani antara Nazri dan Azrul sebagai simbolik sokongan terhadap usaha memperkasakan industri nasyid di negeri ini.

Nazri berkata pelantikan itu dilihat signifikan dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kopan dan kerajaan negeri sekali gus membuka peluang lebih besar kepada pembangunan seni nasyid Sabah pada masa akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here