SANDAKAN: Penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan Ceelecia Reeka Mosungin, 21, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Daerah Sandakan pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah itu yang berlangsung di Dewan Masyatakat Sandakan pada Sabtu.
Selaku juara Ceelecia akan mewakili daerah Sandakan ke pertandingan UNK peringkat negeri pada hujung bulan ini di KDCA, Penampang. Ceelecia menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, mahkota, trofi dan jambangan bunga.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Pemahkotaan disempurnakan Unduk Ngadau Daerah Sandakan 2025 Elly Reachel Marcus.
Naib johan dimenangi Carren Augustine, 27, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta tropi dan jambangan bunga.
Manakala tempat ketiga dimenangi Jaqualine Sadan, 25, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi dan jambangan bunga.
Sementara di tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Revianey Roger Anjid, Angie Lim Hiew Yee, Velvera Unaver dan Faith Amaryllis Balkin.